Kebiadaban semakin dinormalisasikan?

SEDAR atau tidak rakyat negara ini berdepan suatu krisis yang sangat berbahaya?

Krisis yang dimaksud itu tidak lain daripada pembiasaan kebiadaban.

Contoh kebiadaban itu memaki, mencarut, memesongkan, dan memfitnah!

Siapa yang terlibat dalam hal ini dan apakah contoh kebobrokan itu?

Ya, kedua-dua soalan itu menarik untuk diperkatakan.

Yang terlibat sekarang semua lapisan masyarakat – orang awam, kakitangan awam, kakitangan swasta, pemimpin kecil, pemimpin pertengahan, dan pemimpin atasan.

Lihatlah bahasa yang berlegar-legar dalam perbualan di media sosial, rancangan hiburan di media elektronik, sesi bual bicara dalam siaran tertentu – banyak kosa kata yang buruk diguna pakai.

Apabila ada sesuatu isu dipaparkan, berlakulah diskusi iaitu masing-masing memberi pandangan.

Daripada isu itu, kadangkala timbul perdebatan hangat dan selalunya menyimpang jauh daripada isu utama.

Yang menyedihkannya, sudut pandang dan bual bicara itu kerap melibatkan kata-kata yang tidak wajar.

Pada peringkat tertentu, hal tersebut sampai pada peringkat komunikasi yang sangat tabu (ujaran yang terlarang).

Perkataan yang tidak sopan terbit dalam bentuk makian dan carutan termasuklah hal yang sangat menggores perasaan.

Pada tahap tertentu, makian dan carutan dikaitkan dengan keturunan pihak lawan sekalipun yang terlibat itu sebangsa dan seagama.

Kini kita seperti sudah sangat jauh daripada komunikasi bersifat eufemisme – bahasa halus; bersantun dan berhati budi.

Hampir-hampir tidak kedengaran lagi penggunaan kata panggilan hormat seperti ‘saudara’ dan ‘saudari’ dalam kalangan kita.

Yang banyak digunakan kini kosa kata ‘ko’, ‘ang’, ‘demo’, dan ‘mung’ terutama apabila berlaku perdebatan hangat.

Perkataan kasar yang lain seperti ‘bodo’, ‘babi’, ‘hanat’ , dan ‘kapir’ sewenang-wenangnya digunakan termasuklah oleh pihak yang ada ‘title’ (gelaran) aktivis agama.

Apakah punca berlakunya semua ini dan siapakah yang menyebabkan ini berlaku?

Tunggu kupasan berikutnya.

Sambil itu, lakukan jangkaan ke atas naratif berkenaan.

Related Posts

RCI Tabung Haji: Hormati titah YDPA, jangan cipta persepsi

ADA pihak yang memberikan gambaran seolah-olah Jabatan Audit Negara (JAN) mengatakan Tabung Haji tidak mempunyai masalah, manakala hanya Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) yang mendakwa Tabung Haji bermasalah. Itu tidak benar…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Imigresen serbu resort terbiar jadi pusat sindiket penipuan antarabangsa

Imigresen serbu resort terbiar jadi pusat sindiket penipuan antarabangsa

Sabah jadi tumpuan pendaki dunia, 250 peserta sertai Kinabalu Climbathon edisi ke-33

Sabah jadi tumpuan pendaki dunia, 250 peserta sertai Kinabalu Climbathon edisi ke-33

GRS sasar lebih 15 kerusi Parlimen Sabah pada PRU akan datang

GRS sasar lebih 15 kerusi Parlimen Sabah pada PRU akan datang

Gempa bumi bermagnitud 5.0 dikesan di perairan Sandakan

  • By Fandi
  • October 6, 2026
Gempa bumi bermagnitud 5.0 dikesan di perairan Sandakan

Kerajaan Kelantan, Pentadbir Tanah Pasir Mas diperintah bayar ganti rugi RM17.46 juta

Kerajaan Kelantan, Pentadbir Tanah Pasir Mas diperintah bayar ganti rugi RM17.46 juta

Pahang terbuka untuk jumpa bincang dengan wakil Berjaya Hills

Pahang terbuka untuk jumpa bincang dengan wakil Berjaya Hills