Reezal Merican taja 10 peratus caruman SKSPS kepada 500 peniaga, penjaja Kepala Batas

KEPALA BATAS – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bertam, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican menaja 10 peratus baki caruman Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS) yang bernilai RM23.30 seorang kepada 500 peniaga kecil dan penjaja terpilih di sekitar kawasan Parlimen Kepala Batas, berkuat kuasa mulai 1 Januari 2025.

Ketua UMNO Bahagian Kepala Batas berkata Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS) yang terus diperbaiki oleh Kementerian Sumber Manusia (Kesuma) adalah suatu skim perlindungan yang penting dan sedikit sebanyak mewujudkan sokongan kewangan apabila berlaku bencana kerja.

Menurutnya, inisiatif penajaan tersebut merupakan usaha bersama rakan-rakan perpaduan Kepala Batas untuk membantu meringankan beban penjaja dan peniaga malah untuk mereka yang bekerja sendiri, akan dibantu menerusi kategori lain pula.

“Banyak sektor bekerja sendiri yang boleh mencarum SKSPS. Untuk kali ini, saya dan rakan-rakan Perpaduan Kepala Batas memutuskan untuk membantu penjaja serta peniaga mencarum dan mendapat perlindungan. Kita akan usahakan untuk membantu mereka yang bekerja sendiri di dalam kategori yang lain pula nanti.

“Baki 10 peratus itu sepatutnya dibiayai oleh tuan punya badan (penjaja kecil dan peniaga berlesen) sendiri, tetapi sebagai langkah permulaan saya bersama-sama semua pemimpin Perpaduan (peringkat Parlimen Kepala Batas) mengambil inisiatif dengan menaja 10 peratus (bayaran caruman) itu kepada para penerima dengan nilai mencecah hampir RM11,600.

“Mudah-mudahan dengan adanya skim pelindungan (SKSPS) kepada pada penerima yang bukan sahaja peniaga-peniaga di (Kawasan Dewan Undangan Negeri, Kadun) Bertam, malah di sekitar (kawasan Parlimen) Kepala Batas,” katanya semasa majilis penyerahan cek replika SKSPS bernilai RM11,600 kepada Pengarah Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) Pulau Pinang, Rafidah Abdul Rahim pada Selasa.

Mengulas lanjut, Reezal berkata, sudah menjadi tanggungjawab buat dirinya sebagai pemimpin, untuk membantu rakyat Kepala Batas tanpa mengira warna parti.

“Tanpa caruman, kehilangan punca mata pencarian (kematian) boleh mengubah kehidupan dengan sekelip mata, dengan adanya SKSPS ini merupakan satu inisiatif yang amat baik dan membantu rakyat.

“Skim ini bukan sahaja dapat memberi jaminan kepada diri kita sahaja tetapi untuk tanggungan kita juga, saya tidak mahu ada insan di dalam Kepala Batas ini tertinggal dari mendapat caruman.

“Soal penerima, kami ‘buta warna’ tidak memilih penerima berdasarkan parti, ini tanggungjawab saya sebagai pemimpin, membantu rakyat tanpa warna, katanya.

Reezal Merican yang juga Pengerusi Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade) turut merakamkan penghargaan kepada Menteri Sumber Manusia merangkap Ahli Parlimen Bukit Mertajam, Steven Sim Chee Keong kerana memperluas skim pelindungan SKSPS sedia ada dengan mewajibkan penjaja dan peniaga berlesen membayar caruman ‘skim pelindungan pekerja sendiri’ tersebut berkuat kuasa 1 Januari tahun hadapan.

Pada awal Oktober lalu, Kerajaan Persekutuan melalui Perkeso mewajibkan penjaja dan peniaga berlesen membuat caruman SKSPS mulai 1 Januari 2025.

Langkah mandatori tersebut dilaksanakan menerusi Peraturan-Peraturan Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (Kadar Caruman Bagi Penjaja Atau Peniaga) 2024 yang diwartakan pada 30 Ogos lalu melalui PU (A) 229 dan berkuat kuasa pada 1 September lalu.

Berdasarkan peraturan yang dikuatkuasakan itu, individu yang mempunyai sebarang lesen atau kelulusan bagi aktiviti berhubung menjaja atau berniaga sama ada tepi jalan mahupun pasar yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171), Ordinan Kerajaan Tempatan 1961 (Sabah No 11 1991) atau Ordinan Kerajaan Tempatan 1996 (Sarawak Bab 20) diwajibkan membayar caruman SKSPS Perkeso, di bawah sektor penjaja.

Sektor perkhidmatan pengangkutan penumpang merupakan sektor pertama yang diwajibkan membuat bayaran caruman SKSPS secara mandatori mulai tahun 2017, disusuli sektor perkhidmatan pengangkutan dan penghantaran barangan atau makanan pada 2022.

Berucap sama, Pengarah Perkeso Pulau Pinang berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa membentangkan Belanjawan 2024 Persekutuan pada bulan Oktober lepas antara lain mengumumkan kadar tanggungan kerajaan di bawah SKSPS akan ditingkatkan kepada 90 peratus, dengan peruntukan RM100 juta.

Beliau berkata, Anwar yang juga Menteri Kewangan mengumumkan ‘kadar tanggungan kerajaan ditingkatkan kepada 90 peratus’ dengan harapan syarikat pengendali dapat menanggung baki 10 peratus caruman bagi pihak pekerja gig mereka.

“Menerusi Belanjawan 2024 (Persekutuan), Kerajaan telah memberi insentif dengan menanggung kadar caruman 90 peratus. 

“Bermodalkan caruman RM23.30, penjaja dan peniaga kecil di bawah skim pelindungan SKSPS ini layak mendapatkan pelindungan bencana kerja Perkeso selama setahun (mulai 1 Januari 2025 hingga 31 Disember 2025).

“Rebutlah peluang keemasan ini dengan menguar-uarkan kepada sanak-saudara dan sahabat handai kerana kurang dari sebulan sahaja inisiatif ini (iaitu Kerajaan Persekutuan menanggung kadar caruman 90 peratus) akan berakhir, pada 31 Disember 2024,” ujarnya lagi. 

Related Posts

Aminuddin selesai menghadap Tuanku Muhriz, sidang media diadakan petang ini

PORT DICKSON – Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun dipercayai telah menghadap Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir, tengah hari tadi bagi membincangkan krisis pentadbiran. Ini disebabkan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Krisis bekalan global: Malaysia tumpu ketahanan berdepan risiko bekalan

PUTRAJAYA – Kerajaan menegaskan keperluan untuk memperkukuh daya tahan ekonomi negara bagi menghadapi cabaran kelembapan ekonomi global yang dipengaruhi oleh peningkatan kos dunia serta gangguan rantaian bekalan, kata Perdana Menteri,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Lelaki miliki 14 rekod jenayah lampau ditahan, terlibat kes pecah rumah

Lelaki miliki 14 rekod jenayah lampau ditahan, terlibat kes pecah rumah

Aminuddin selesai menghadap Tuanku Muhriz, sidang media diadakan petang ini

Aminuddin selesai menghadap Tuanku Muhriz, sidang media diadakan petang ini

Sabah perkukuh sekuriti makanan dan infrastruktur, tangani impak ekonomi global

Sabah perkukuh sekuriti makanan dan infrastruktur, tangani impak ekonomi global

Suspek serang majlis dihadiri Trump disifatkan sebagai ‘seorang yang sakit’

Suspek serang majlis dihadiri Trump disifatkan sebagai ‘seorang yang sakit’

Krisis bekalan global: Malaysia tumpu ketahanan berdepan risiko bekalan

Krisis bekalan global: Malaysia tumpu ketahanan berdepan risiko bekalan

Malaysia perlu tingkat keupayaan hadapi ketidaktentuan ekonomi global – PM

Malaysia perlu tingkat keupayaan hadapi ketidaktentuan ekonomi global – PM