Takrifan T15 akan diumum menjelang pertengahan 2025

KERAJAAN akan mengumumkan pengelasan pendapatan T15 bagi penyasaran subsidi petrol RON95 menjelang pertengahan 2025.

Menteri Ekonomi Rafizi Ramli berkata pada sidang Dewan Rakyat,
tempoh masa itu lanjutkan kerana masih ada individu yang belum mendaftar dalam sistem data kerajaan bagi menentukan sama ada mereka layak atau sebaliknya memperoleh subsidi kerajaan.

“Akan ada mekanisme rayuan, jadi ini perlu dilaksanakan dahulu sebelum mereka (subsidi RON95 disasarkan) diguna pakai di stesen minyak nanti.

“Sebab itu kami akan menggunakan separuh pertama 2025 untuk melengkapkan klasifikasi dahulu,” katanya.

Rafizi berkata demikian bagi menjawab soalan Datuk Dr Radzi Jidin (PN-Putrajaya) berhubung garis masa pengumuman takrifan pendapatan bagi T15.

Terdahulu, Belanjawan 2025 dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Menteri Kewangan pada 18 Oktober lalu mencetuskan pertikaian beberapa pihak terutama pembangkang yang mempersoalkan mengapa kumpulan pendapatan T15 disebut sebagai bakal dikecualikan subsidi sedangkan takrifan mengenai kelompok itu belum dimuktamadkan.

Sehingga hari ini, kerajaan belum memuktamadkan jumlah tangga pendapatan bagi klasifikasi kelompok 15 peratus teratas rakyat berpendapatan tinggi atau lebih dikenali T15.

Pada 28 Oktober, Rafizi berkata, kementeriannya menjangkakan untuk memuktamadkan butiran mengenai kumpulan pendapatan T15 dalam masa sebulan sebelum membentangkannya kepada Kabinet untuk kelulusan.

Beliau juga berkata kumpulan pendapatan T15 mungkin akan ditentukan berdasarkan lokaliti dan bukannya definisi nasional seperti dalam dasar sebelum ini.

Related Posts

Hospital Bukit Mertajam tersenarai 250 terbaik dunia – PM

KUALA LUMPUR – Pengiktirafan Hospital Bukit Mertajam (HBM), Pulau Pinang sebagai antara hospital hijau terbaik dunia merupakan pencapaian yang membanggakan negara, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Menerusi hantaran…

Lebih lanjut

teruskan membaca
RM958 juta lesap akibat penipuan dalam talian setakat Jun – Fahmi

PUTRAJAYA – Kes penipuan dalam talian terus mencatatkan angka membimbangkan apabila kerugian dilaporkan mencecah RM958 juta dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini, kata Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pembekalan baja kepada MADA dilaksana ikut jadual – NAFAS

Pembekalan baja kepada MADA dilaksana ikut jadual – NAFAS

Sindiket seleweng LPG dalam ladang kelapa sawit tumpas

Sindiket seleweng LPG dalam ladang kelapa sawit tumpas

Hospital Bukit Mertajam tersenarai 250 terbaik dunia – PM

Hospital Bukit Mertajam tersenarai 250 terbaik dunia – PM

RM958 juta lesap akibat penipuan dalam talian setakat Jun – Fahmi

RM958 juta lesap akibat penipuan dalam talian setakat Jun – Fahmi

Kestabilan politik perlu dipelihara demi keyakinan pelabur – Anwar

Kestabilan politik perlu dipelihara demi keyakinan pelabur – Anwar

Pertahanan negara perlukan tambahan peruntukan hingga berbilion ringgit – Anwar

Pertahanan negara perlukan tambahan peruntukan hingga berbilion ringgit – Anwar