PMX sampaikan sumbangan kepada mangsa banjir di Segamat

SEGAMAT – Seramai 258 keluarga yang terlibat dengan bencana banjir di daerah ini disantuni Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim melalui penyerahan sumbangan barangan keperluan harian bernilai RM150.

Sumbangan disampaikan Pegawai Tugas-Tugas Khas kepada Perdana Menteri, M Shanmugam, di pusat pemindahan sementara (PPS) Balai Raya Batu Badak, di sini, hari ini.

Shanmugam berkata, bantuan itu bukan setakat untuk mangsa yang berlindung di PPS, malah turut diagih kepada mereka yang sudah meninggalkan PPS tanpa mengira sesiapa, selaras dengan konsep Malaysia Madani.

“Kita akan teruskan usaha sebegini di semua lokasi terkesan banjir dengan kerjasama agensi Pusat dan negeri.

“Bantuan pula membabitkan kit makanan dan selimut,” katanya ketika ditemui.

Hadir sama Pengerusi Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Leftenan Jeneral (B) Datuk Ahmad Norihan Jalal, Yang Di-Pertua (YDP) Majlis Perbandaran Segamat Mohd Helmi Sha’ri @ Shangari dan Timbalan Ketua Polis Segamat Deputi Superintenden Ng Swie Chait.

Related Posts

Kg Bahagia digazet, buka laluan kepada pembangunan lebih sistematik

SANDAKAN – Kerajaan akan mempertingkat usaha pembangunan serta penempatan semula penduduk di Kampung (Kg) Bahagia susulan tragedi kebakaran besar yang memusnahkan ratusan rumah di kawasan berkenaan, awal pagi Ahad. Ahli…

Lebih lanjut

teruskan membaca
3 maut ditembak dalam restoran

KOTA TINGGI – Tiga individu maut selepas ditembak dalam satu kejadian di sebuah restoran sekitar bandar ini pada jam kira-kira 1.30 tengah hari tadi. Ketua Polis Johor, Datuk Ab Rahaman…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kg Bahagia digazet, buka laluan kepada pembangunan lebih sistematik

Kg Bahagia digazet, buka laluan kepada pembangunan lebih sistematik

3 maut ditembak dalam restoran

3 maut ditembak dalam restoran

PRU16: Harapan Rakyat kerjasama, pastikan kemenangan GRS

PRU16: Harapan Rakyat kerjasama, pastikan kemenangan GRS

Kebakaran Sandakan: 1,000 rumah terjejas, lebih 9,000 penduduk terlibat

Kebakaran Sandakan: 1,000 rumah terjejas, lebih 9,000 penduduk terlibat

Lelaki tempatan ditahan positif dadah dalam Operasi Khas di Roban

Lelaki tempatan ditahan positif dadah dalam Operasi Khas di Roban

UMNO Jerantut yakin mampu cabar pembangkang dalam PRU16

UMNO Jerantut yakin mampu cabar pembangkang dalam PRU16