KBSS sokong hasrat MYSED Sarawak hidupkan semula ‘Borneo Games VI’ pada 2025

KOTA KINABALU – Kementerian Belia dan Sukan Sabah (KBSS) sebulat suara menyokong hasrat Ministry of Youth, Sports and Entrepreneur Development (MYSED) Sarawak untuk menghidupkan semula ‘Borneo Games VI’ bakal dianjurkan pada tahun 2025 di Sarawak.

Menterinya, Datuk Ellron Alfred Angin berkata, MYSED Sarawak mencadangkan agar Borneo Games dapat dihidupkan semula setelah kali terakhir dianjurkan pada tahun 2013 di Wilayah Persekutuan (WP) Labuan.

“Penganjuran Borneo Games adalah selari dengan aspirasi semangat Borneo untuk mengukuhkan hubungan erat antara wilayah-wilayah di Borneo iaitu Sarawak, Sabah, Brunei Darussalam, Wilayah Persekutuan Labuan dan Kalimantan Indonesia.

“Ianya merupakan acara sukan tahunan yang melibatkan peserta dari wilayah dan negara di Kepulauan Borneo yang bermula pada tahun 1954 di Seria Recreation Club (SRC), Brunei Darussalam,” katanya dalam kenyataan di sini pada Isnin.

Sebagai rekod, kejohanan ini pernah dihidupkan semula pada tahun 2005 sehingga tahun 2013 dan Sabah adalah wilayah pertama yang menjadi tuan rumah pada tahun 2005.

Sementara itu, MYSED Sarawak yang diketuai oleh Timbalan Menterinya, Gerald Rentap Jabu bersama rombongan turut mengadakan kunjungan hormat kepada KBSS dengan agenda utama membincangkan tentang penganjuran Borneo Games VI ke-6.

Related Posts

Dua lelaki positif dadah ditahan dalam Ops Khas di Roban

SARATOK – Dua lelaki tempatan ditahan selepas didapati positif dadah dalam satu operasi khas yang dijalankan Pasukan Petugas Khas Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Saratok di Roban, pada Selasa. Ketua…

Lebih lanjut

teruskan membaca
UNIQSAAS, Universiti Al-Wasatiyyah meterai LoI

KUANTAN – Universiti Al-Quran Al-Sultan Abdullah Ahmad Shah Pahang (UNIQSAAS) terus memperkukuh jaringan antarabangsa apabila memeterai Letter of Intent (LoI) bersama Universiti Al-Wasatiyyah, Si’un Hadramaut, Yaman. LoI itu adalah antara…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Dua lelaki positif dadah ditahan dalam Ops Khas di Roban

Dua lelaki positif dadah ditahan dalam Ops Khas di Roban

UNIQSAAS, Universiti Al-Wasatiyyah meterai LoI

UNIQSAAS, Universiti Al-Wasatiyyah meterai LoI

Harga RON95 tanpa subsidi dan diesel naik, RON97 kekal

Harga RON95 tanpa subsidi dan diesel naik, RON97 kekal

Bantah ADUN lantikan: AMANAH tegas pertahan prinsip demokrasi di Johor

Bantah ADUN lantikan: AMANAH tegas pertahan prinsip demokrasi di Johor

Perak agih 464 lembu korban libatkan 59 DUN sempena Aidiladha

Perak agih 464 lembu korban libatkan 59 DUN sempena Aidiladha

Wan Rosdy nasihat Guan Eng lebih cermat buat kenyataan

Wan Rosdy nasihat Guan Eng lebih cermat buat kenyataan