Pasca banjir: MDBG laksana kutipan sampah pukal percuma tiga hari

BATU GAJAH – Majlis Daerah Batu Gajah (MDBG) akan melaksanakan kutipan sampah pukal secara percuma selama tiga hari pada 11, 12 dan 14 Disember ini.

Menurut satu kenyataan yang dikeluarkan, inisiatif tersebut diambil bagi meringankan bebanan penduduk yang terlibat dengan bencana banjir yang melanda beberapa kawasan di daerah itu baru-baru ini.

Ujar jurucakap itu, bencana banjir bukan sahaja memerlukan pembersihan di kawasan rumah, malah turut melibatkan pengurusan sampah pukal.

“MDBG akan melaksanakan kutipan sampah pukal secara percuma pasca banjir selama tiga hari bermula 11, 12 dan 14 Disember ini.

“Kawasan-kawasan terlibat ialah di Tronoh, Pekan Batu Gajah dan di Tanjung Tualang,” katanya pada Selasa.

Jelasnya lagi, kutipan akan bermula jam 9 pagi hingga 3 petang.

“Pada tarikh 11 Disember (Rabu) melibatkan kawasan Tronoh, 12 Disember (Khamis) di Pekan Batu Gajah manakala 14 Disember (Sabtu) di Tanjung Tualang, mengikut masa yang dinyatakan.

“Sampah-sampah secara pukal ini termasuklah barangan rumah yang rosak akibat banjir seperti perabot dan kelengkapan rumah yang tidak lagi boleh digunakan,” tambah kenyataan itu.

Sebarang pertanyaan boleh hubungi Pauzi Sapian (Tanjung Tualang) 019-9882059; Meor Hashim Meor Zakaria (Tronoh) 017-5176005 dan Zamri Ibrahim (Pekan Batu Gajah) 017-4688074.

Related Posts

Perak negeri pertama lancar Kiosk Kesihatan Pintar SIHAT AI

IPOH – Perak menjadi kerajaan negeri pertama di negara ini melancarkan Kios Kesihatan Pintar SIHAT AI, inisiatif berteraskan kecerdasan buatan (AI) bagi memperkukuh pengesanan awal penyakit tidak berjangkit (NCD) seperti…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tiga sekeluarga ditahan SPRM, tipu pembelian padi RM20 juta

ALOR SETAR – Tiga sekeluarga termasuk dua pengarah syarikat pengeluar dan pemproses padi serta beras ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selepas disyaki mengemukakan dokumen mengandungi butir matan palsu bagi…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Perak negeri pertama lancar Kiosk Kesihatan Pintar SIHAT AI

Perak negeri pertama lancar Kiosk Kesihatan Pintar SIHAT AI

Tiga sekeluarga ditahan SPRM, tipu pembelian padi RM20 juta

Tiga sekeluarga ditahan SPRM, tipu pembelian padi RM20 juta

Kerajaan salur RM450 juta biaya baik pulih kediaman petugas FELDA

Kerajaan salur RM450 juta biaya baik pulih kediaman petugas FELDA

Asnaf sekitar Jengka terima Bakti Negeri Pahang

Asnaf sekitar Jengka terima Bakti Negeri Pahang

Op Hazard serbu stor e-waste haram, 11 warga asing diberkas

Op Hazard serbu stor e-waste haram, 11 warga asing diberkas

Sabah sasar hab tenaga hijau serantau, rancang agenda Beyond SMJ 2.0

Sabah sasar hab tenaga hijau serantau, rancang agenda Beyond SMJ 2.0