Hidap ADHD, tak halang Man Chun Tang bawa pulang ijazah

KOTA KINABALU – Walaupun menghidap sindrom Kecelaruan Hiperaktif Kurang Daya Tumpuan (ADHD), Man Chun Tang tetap berjaya membawa pulang segulung ijazah di Majlis Konvokesyen Universiti Malaysia Sabah (UMS) kali ke-26 yang berlangsung di Dewan Canselor, di sini pada Isnin.

Man yang berusia 23 tahun lebih ingin dikenali dengan nama akaun TikTok @Uncle Westley Chun Tang merupakan seorang graduan dalam bidang Sejarah dari Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan.

Katanya, dia tidak suka berputus asa dan tidak gemar membandingkan dirinya dengan orang lain.

“Kita punyai kelemahan dan kelebihan berbeza, begitu juga impian yang berbeza, jangan putus asa.

“Jangan buat sesuatu separuh jalan dan kemudian bertukar fikiran berkali-kali, kelak akan ada banyak perkara yang tertangguh.

“Cubalah untuk tidak membandingkan diri dengan orang lain walaupun mungkin kita semua tidak sama tetapi tidak bermakna kita harus membuat perbandingan.

“Bak kata pepatah, ukur baju di badan sendiri, itu nasihat saya untuk golongan yang bernasib sama seperti saya di luar sana,” katanya ketika ditemui wartawan TMP.

Menurut Man, dia merasa lebih tenang apabila berjaya menamatkan pengajian dengan cemerlang dan dia sangat bersyukur kepada semua pihak yang sentiasa berada di sampingnya menyokong masa-masa mencabar di menara gading.

“Saya kini lebih tenang walaupun setiap manusia mempunyai cabaran hidup yang berbeza-beza tapi buat masa ini selepas bergraduasi saya merasa baik-baik saja.

“Terima kasih kepada semua kawan-kawan, para pensyarah, mentor saya dan semua pihak atasan universiti yang sentiasa berhubungan baik dengan saya, saya akan jaga hubungan ini dan tetap berdisiplin.

“Nampaknya, saya telah menggunakan pelbagai kemudahan Orang Kurang Upaya (OKU) di UMS, seperti bas, van OKU, tandas OKU, laluan kerusi roda dan  asrama yang istimewa bagi saya kerana luas dan selesa,” kongsinya.

Ketika ditanya berkenaan perancangan masa depannya, dia yang berasal dari Seremban, Negeri Sembilan turut meluahkan hasratnya untuk menyambung pelajaran di samping meneruskan pekerjaan sambilan sebagai ‘Content Creator’.

“Salah satu kerja sambilan yang saya lakukan adalah sebagai ‘Content Creator’ di media sosial TikTok yang mana saya ada membuat ‘review’ kereta-kereta baharu dan terpakai.

“Namun kerjaya utama yang saya inginkan adalah menjadi seorang guru cuma buat sementara ini mungkin saya perlu belajar lebih lagi,” ujarnya.

Katanya lagi, beliau ingin melanjutkan pelajaran di peringkat Sarjana mungkin di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) atau di Universiti Utara Malaysia (UUM).

Related Posts

10 pengunjung terjejas, Sunway Lagoon tampil beri penjelasan

SHAH ALAM – ‘Keselamatan dan kesejahteraan pengunjung adalah keutamaan kami’, demikian penegasan Taman Tema Sunway selepas mengesahkan insiden membabitkan sebuah tarikan di Sunway Lagoon pada 22 Ogos lalu yang melibatkan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Lima lelaki ditahan, hampir 200kg daun ketum dirampas

IPOH – Kegiatan memiliki dan menyimpan daun ketum serta air minuman itu membawa padah apabila lima lelaki tempatan ditahan dalam dua serbuan berasingan di Kerian dan Hilir Perak, pada Isnin…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Akta e-dagang baharu perlu disegerakan demi lindungi peniaga tempatan – Fuziah

Akta e-dagang baharu perlu disegerakan demi lindungi peniaga tempatan – Fuziah

Dapatan RCI Tabung Haji: Jangan kelirukan rakyat

Dapatan RCI Tabung Haji: Jangan kelirukan rakyat

10 pengunjung terjejas, Sunway Lagoon tampil beri penjelasan

10 pengunjung terjejas, Sunway Lagoon tampil beri penjelasan

Jangan politikkan Tabung Haji tetapi siapa pula menubuhkan RCI? – Mahfuz

Jangan politikkan Tabung Haji tetapi siapa pula menubuhkan RCI? – Mahfuz

Lima lelaki ditahan, hampir 200kg daun ketum dirampas

Lima lelaki ditahan, hampir 200kg daun ketum dirampas

Lelaki hilang cari lembu dalam Hutan Simpan Sementah ditemukan selamat

Lelaki hilang cari lembu dalam Hutan Simpan Sementah ditemukan selamat