Pejuang kanser berjaya tamat pengajian, genggam Ijazah Sarjana Muda kelas pertama

KOTA KINABALU – Graduan Universiti Malaysia Sabah (UMS), Shamsulmezah Shamsul tidak menyangka berjaya menamatkan pengajian tepat pada masanya kerana sebelum ini dinasihatkan untuk menangguhkan pengajian.

Ia berikutan kanser ovari yang dihidapinya namun, dia tetap berjaya mengenggam Ijazah Sarjana Muda Sains Perhutanan dengan Kepujian (Perhutanan Tropika Antarabangsa) kelas pertama dengan PNGK 3.77.

“Pada mulanya saya dinasihatkan untuk tangguh pengajian tetapi mama saya kuatkan semangat saya untuk sambung dan saya terima cabaran itu.

“Memang saya sangat bersyukur ada di sini hari ini, lagi-lagi dengan kelas pertama,” katanya ketika ditemui semasa Majlis Konvokesyen ke-26 UMS di Dewan Canselor UMS, pada di sini Isnin.

Kongsinya, ibu bapa ialah insan yang menjadi pendorong utamanya dalam menghadapi cabaran sebagai penghidap kanser yang mahu habiskan pengajian tanpa tangguh.

“Pendorong utama saya memang ibu bapa saya, lebih-lebih ibu yang menjaga saya di hospital semasa sakit.

“Ibu sentiasa mendorong saya, ibu selalu bawa saya keluar dari hospital pergi ke tempat lain untuk siapkan tesis supaya saya tidak bosan.

“Dia mendorong saya walaupun pukul 12 pagi dia tetap bawa saya pergi tempat-tempat yang masih buka untuk membuat tesis,” katanya.

Menurutnya, menghidapi kanser tidak jadi halangan untuk berusaha bagi mencapai kejayaan.

“Memang susah sebab kemoterapi punya kesan sampingan memang kuat tapi tetap saya kuatkan mental.

“Semasa menjalani kemoterapi saya berehat tetapi bila peperiksaan sudah dekat saya belajar bersungguh-sungguh.

“Saya memang belajar dari rumah sebab tidak dapat hadir kelas fizikal. Jadi saya minta nota dari pensyarah dan saya belajar sendiri,” katanya.

Tambahnya, matlamat, disiplin dan konsistensi adalah kunci utama dalam kejayaannya.

Pada hari sama, Shamsulmezah turut menerima Anugerah ‘Forestry Sustainability Award’ daripada KTS Plantation Sdn. Bhd.

Related Posts

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

KOTA KINABALU – Kerajaan Persekutuan meluluskan RM1.57 bilion bagi memperkukuh pembangunan sektor kesihatan Sabah menerusi Rolling Plan 1 (RP1) Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) bagi 2026. Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

KUANTAN – Polis Pahang mengesahkan satu kejadian rompakan berlaku di sebuah kedai emas dalam pusat beli-belah di Genting Highlands dekat Bentong hari ini. Pemangku Ketua Polis Pahang Datuk Azry Akmar…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

  • By Fandi
  • August 17, 2026
LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

MBSA sedia 300 hidangan percuma di Seksyen 24 esok

MBSA sedia 300 hidangan percuma di Seksyen 24 esok