Harga minyak mentah melonjak susulan konflik Syria

TOKYO – Harga minyak meningkat lebih tinggi pada Isnin berikutan ketegangan yang meningkat di Asia Barat.

Ini berikutan penggulingan Presiden Syria, Bashar al-Assad oleh pemberontak mengimbangi kebimbangan terhadap permintaan China yang lemah yang diserlahkan oleh pengurangan harga Saudi Aramco kepada pembeli Asia.

Niaga hadapan minyak mentah Brent naik 22 sen atau 0.3 peratus kepada AS$71.34 setong menjelang 0140 GMT.

Niaga hadapan minyak mentah West Texas Intermediate (WTI) Amerika Syarikat (AS) naik 22 sen atau 0.3 peratus kepada AS$67.42 setong.

Brent susut lebih 2.5 peratus minggu lalu dan WTI jatuh 1.2 peratus memandangkan penganalisis mengunjurkan lebihan bekalan tahun depan berikutan permintaan yang lemah walaupun Pertubuhan Negara Pengeluar Petroleum dan sekutu (OPEC+) membuat keputusan untuk menangguhkan kenaikan pengeluaran dan melanjutkan pengurangan pengeluaran hingga akhir 2026.

Saudi Aramco, pengeksport minyak mentah terbesar dunia, telah mengurangkan harga Januari 2025 untuk pembeli Asia ke paras terendah sejak awal 2021, katanya pada Ahad, ketika permintaan lemah daripada pengimport utama China menjejaskan pasaran, lapor Reuters.

Sementara itu, pemberontak Syria mengumumkan di televisyen kerajaan pada Ahad bahawa mereka telah menggulingkan Presiden al-Assad, menghapuskan dinasti keluarga selama 50 tahun dalam serangan kilat yang menimbulkan kebimbangan gelombang ketidakstabilan baharu di Asia Barat yang sudah dicengkam oleh peperangan.

“Perkembangan di Syria telah menambah lapisan baharu ketidaktentuan politik di Asia Barat, memberikan sedikit sokongan kepada pasaran,” kata Pakar Ekonomi Kanan di Mitsubishi UFJ Research and Consulting, Tomomichi Akuta.

“Tetapi pengurangan harga Arab Saudi dan lanjutan pengurangan pengeluaran OPEC+ minggu lalu menunjukkan permintaan yang lemah dari China, menandakan pasaran mungkin lemah menjelang akhir tahun,” katanya, sambil menyatakan bahawa pelabur sedang memerhatikan dengan teliti potensi kesan dasar tenaga dan Asia Barat Presiden AS, Donald Trump.

Pada Khamis, OPEC+, menangguhkan kenaikan pengeluaran minyak selama tiga bulan sehingga April dan melanjutkan penamatan sepenuhnya pengurangan pengeluaran selama setahun sehingga akhir 2026.

OPEC+, yang bertanggungjawab terhadap kira-kira separuh pengeluaran minyak dunia, pada asalnya merancang untuk mula menamatkan pengurangan pengeluaran pada Oktober 2024.

Namun, kelembapan permintaan global – terutamanya dari pengimport minyak mentah terbesar, China – serta peningkatan pengeluaran di tempat lain telah memaksa kumpulan itu menangguhkan rancangan itu beberapa kali.

Bilangan pelantar minyak dan gas yang digunakan di AS minggu lalu mencapai jumlah tertinggi sejak pertengahan September, menunjukkan peningkatan pengeluaran daripada pengeluar minyak mentah terbesar dunia.

Related Posts

Harga RON95 tanpa subsidi dan diesel naik, RON97 kekal

PUTRAJAYA – Kerajaan mengumumkan semakan mingguan harga runcit produk petroleum dengan RON95 tanpa subsidi dan diesel di Semenanjung Malaysia mencatat kenaikan lima sen bagi tempoh 7 hingga 13 Mei ini,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PM ketuai delegasi Malaysia ke Sidang Kemuncak ASEAN di Cebu

CEBU – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengetuai delegasi Malaysia ke Sidang Kemuncak ASEAN ke-48 serta mesyuarat berkaitan yang berlangsung di sini bermula esok hingga 8 Mei ini.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Dua lelaki positif dadah ditahan dalam Ops Khas di Roban

Dua lelaki positif dadah ditahan dalam Ops Khas di Roban

UNIQSAAS, Universiti Al-Wasatiyyah meterai LoI

UNIQSAAS, Universiti Al-Wasatiyyah meterai LoI

Harga RON95 tanpa subsidi dan diesel naik, RON97 kekal

Harga RON95 tanpa subsidi dan diesel naik, RON97 kekal

Bantah ADUN lantikan: AMANAH tegas pertahan prinsip demokrasi di Johor

Bantah ADUN lantikan: AMANAH tegas pertahan prinsip demokrasi di Johor

Perak agih 464 lembu korban libatkan 59 DUN sempena Aidiladha

Perak agih 464 lembu korban libatkan 59 DUN sempena Aidiladha

Wan Rosdy nasihat Guan Eng lebih cermat buat kenyataan

Wan Rosdy nasihat Guan Eng lebih cermat buat kenyataan