M-Bike khidmat ambulans bermotosikal pertama di Perak kendalian swasta

IPOH – Syarikat penyedia perkhidmatan kesihatan, MK Ambulance Service yang merupakan anak syarikat My Healthcare Services Sdn Bhd (My Healthcare Services) memperkenalkan khidmat terbaharunya iaitu unit ambulans bermotosikal (M-Bike).

Ia secara tidak langsung merupakan perkhidmatan ambulans bermotosikal pertama seumpanya di negeri Perak yang ditawarkan oleh syarikat swasta.

Pengasas dan Pengarah My Healthcare Services, Mazhar Kadir berkata, dua buah motosikal disediakan bagi perkhidmatan tersebut iaitu sebuah skuter jenis Husky dan motosikal Kawasaki Ninja.

Ujarnya, perkhidmatan M-Bike melibatkan pelaburan syarikat kira-kira RM70,000 bagi membeli dua motosikal beserta kelengkapan.

Kelebihan ambulans bermotosikal ialah ia boleh dikerahkan ke lokasi lebih cepat sesuai dengan kebolehan motosikal termasuk ketika jalan sesak.

“Unit ambulans bermotosikal ini dikendalikan masing-masing seorang jururawat dan pembantu kesihatan yang bertindak sebagai barisan hadapan kecemasan.

“Mereka terlatih bagi memberi rawatan kecemasan dan bantuan sebelum ketibaan ambulans.

“Dengan M-Bike pasukan perkhidmatan MK Ambulans dapat menambah baik rawatan kecemasan selain menyediakan bantuan perubatan yang lebih pantas,” katanya ketika Majlis Perasmian M-Bike di MK Ambulance Service di Jalan Kamaruddin Isa, di sini, baru-baru ini.

Jelas Mazhar, setiap motosikal dibekalkan dengan gas oksigen serta kelengkapan asas seperti dalam ambulans.

“Kos membeli motosikal adalah sebanyak RM58,000 dan selebihnya bagi alat-alat yang dibekalkan pada setiap motosikal.

“Dari segi caj perkhidmatan, kita mengenakan caj sebanyak RM50 bagi setiap panggilan, manakala kos selanjutnya bergantung kepada jenis rawatan yang diberikan,” jelas beliau.

Mengulas lanjut, kata Mazhar, perkhidmatan M-Bike ini turut ditawarkan kepada hospital kerajaan bagi memberikan bantuan kecemasan awal.

“Kita ada menerima permintaan daripada hospital kerajaan untuk perkhidmatan M-Bike terutama bagi kes-kes kecemasan.

“Malah, bagi perancangan seterusnya, kita juga berhasrat menjalinkan kerjasama dengan pihak-pihak hospital termasuk swasta untuk menawarkan perkhidmatan M-Bike ini,” katanya.

Perkhidmatan M-Bike ini melengkapkan 12 buah ambulans sedia ada syarikat yang turut mempunyai cawangan di Golden Hills, Cameron Highlands.

Related Posts

Teliti bantuan khas, skim sokongan guru luar bandar dan pulau

SEMPORNA – Kerajaan disaran meneliti pemberian bantuan khas atau memperluaskan skim sokongan sedia ada kepada guru yang bertugas di kawasan luar bandar dan kepulauan bagi membantu menampung kos pengangkutan yang…

Lebih lanjut

teruskan membaca
300 pelajar Pahang ke luar negara terima RM1,000

KUANTAN – Seramai 300 mahasiswa anak Pahang menerima peruntukan RM1,000 seorang melalui Inisiatif Makmur Pahang Kluster Sumbangan Melanjutkan Pengajian ke Luar Negara tahun ini. Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Prestasi luar jangka KDNK 6.0 peratus bukti reformasi ekonomi berkesan

Prestasi luar jangka KDNK 6.0 peratus bukti reformasi ekonomi berkesan

Teliti bantuan khas, skim sokongan guru luar bandar dan pulau

  • By Fatin
  • August 14, 2026
Teliti bantuan khas, skim sokongan guru luar bandar dan pulau

300 pelajar Pahang ke luar negara terima RM1,000

300 pelajar Pahang ke luar negara terima RM1,000

RCI Tabung Haji: Segerakan pendakwaan jika bukti cukup – Haniff

RCI Tabung Haji: Segerakan pendakwaan jika bukti cukup – Haniff

Karnival Agrikomuniti MADANI sedia platform bantu tingkat pendapatan pekebun kecil

Karnival Agrikomuniti MADANI sedia platform bantu tingkat pendapatan pekebun kecil

Ahli PKR sertai Bersama tidak jejas kekuatan parti – AMK

Ahli PKR sertai Bersama tidak jejas kekuatan parti – AMK