Sidang DUN Perak: Razman dirujuk ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Dewan Negeri

IPOH – Ekoran membuat kenyataan tidak benar dalam perbahasan sidang dun pada Isnin, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gunung Semanggol, Razman Zakaria, dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Dewan Negeri.

Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak meluluskan usul membawa ketua pembangkang DUN Perak itu selepas keputusan yang dibuat Speaker DUN,
Datuk Mohammad Zahir Abdul Khalid selepas usul dibawa ADUN Astaka, Jason Ng Thien Yeong dipersetujui.

Keputusan itu dibuat pada Mesyuarat Ketiga, Tahun Kedua Dewan Negeri Perak Yang ke-15 di Bangunan Perak Darul Ridzuan, dekat sini, pada Rabu.

“Bersandarkan kepada Perintah Tetap Peraturan 40 (3) (a) dan (b), pengerusi merasakan ada merit kepada usul tersebut dan bersetuju.

“Dengan ini Yang Berhormat Gunung Semanggol dirujuk Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Dewan Negeri Perak,” kata Mohammad Zahir.

Terdahulu, Jason memaklumkan bahawa Razman telah mengeluarkan kenyataan tidak benar berhubung isu kibaran bendera negara China di Menara Condong Teluk Intan pada Persidangan DUN Perak, pada Isnin lalu.

Beliau mendakwa, ADUN Gunung Semanggol itu telah membuat sangkaan buruk dengan mengait ADUN Kepayang, Nga Kor Ming serta ADUN Pasir Bedamar, Woo Kah Leong turut terlibat dalam insiden berkenaan (kibar bendera China).

“Hakikatnya kedua-dua ADUN Kepayang dan Pasir Bedamar tidak pernah hadir atau terlibat dengan kejadian pada 24 Oktober itu.

“Justeru, ADUN Gunung Semanggol telah pun menyalahi Peraturan 40 (7) Perintah-Perintah Tetap Dewan Negeri di mana seseorang ahli tidak boleh mengeluarkan sangkaan buruk kepada mana-mana ahli lain,” katanya.

Pada persidangan DUN Perak pada Isnin, Razman mendakwa beliau punyai bukti serta nama bahawa bendera China yang dikibarkan di Menara Condong Teluk Intan bukan warga China, tetapi warga tempatan sendiri.

Kenyataan itu telah menimbulkan ketegangan sehingga ADUN-ADUN di blok kerajaan meminta ketua pembangkang itu menunjukkan bukti.

Malah, Razman turut berkata, beliau sedia diambil tindakan sekiranya perkara berkenaan dibawa ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan DUN Perak.

Sementara itu, ADUN Astaka turut menambah, Razman juga didakwa mengeluarkan kenyataan dengan membuat sangkaan buruk serta kenyataan berbaur perkauman masing-masing pada persidangan DUN Isnin dan Rabu.

“Pada 4 Disember, ADUN Gunung Semanggol, Razman Zakaria telah mengeluarkan kenyataan yang berbunyi seperti berikut, “Siapa yang bawa masuk abu Chin Peng?”

“Bahkan kenyataan tersebut telah diulangi dalam dewan dan ia telah menyalahi Peraturan 40(11)(b) iaitu perkataan-perkataan yang membawa maksud hasutan,” jelas beliau.

Usul tersebut kemudian disokong Wong May Ing (PH-Pantai Remis).

Related Posts

Sarawak lancar Sovereign AI, perkukuh keselamatan data strategik kerajaan

KUCHING – Kerajaan Sarawak melancarkan Platform Infrastruktur Sovereign AI bagi memperkukuh sistem pengurusan dan perlindungan data strategik kerajaan, sekali gus mempercepatkan capaian perkhidmatan kepada rakyat. Premier Sarawak, Tan Sri Abang…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tiga projek infrastruktur RM3.3 juta perkasa sosioekonomi penduduk Tebedu

SERIAN – Tiga projek pembangunan infrastruktur luar bandar bernilai keseluruhan RM3.3 juta di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tebedu dijangka memberi manfaat besar kepada penduduk setempat, khususnya dalam memudahkan akses…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sarawak lancar Sovereign AI, perkukuh keselamatan data strategik kerajaan

Sarawak lancar Sovereign AI, perkukuh keselamatan data strategik kerajaan

Tiga projek infrastruktur RM3.3 juta perkasa sosioekonomi penduduk Tebedu

Tiga projek infrastruktur RM3.3 juta perkasa sosioekonomi penduduk Tebedu

Hilang kawalan langgar kereta, remaja maut di lokasi kejadian

Hilang kawalan langgar kereta, remaja maut di lokasi kejadian

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak