50 NGO lapor polis Papagomo fitnah PM sabotaj Sanusi

KUALA LUMPUR – Sebanyak 50 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mendesak pihak polis mengambil tindakan terhadap Wan Muhammad Azri Wan Deris atau lebih dikenali Papagomo berhubung kenyataannya yang mendakwa Perdana Menteri telah mensabotaj Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor.

Jurucakap Sekretariat Gerak Gempur Media Sosial Rakyat (SGGMSR), Mustapa Mansor berkata, pihaknya mengesan video menggunakan nama Papagomo@ Sir Azri yang membuat kenyataan menuduh Datuk Seri Anwar Ibrahim didakwa cuba mensabotaj Muhammad Sanusi supaya pelabur keluar dari Kedah kerana diugut Perdana Menteri. 

Menurutnya, Papagomo turut menuduh Anwar mengugut tidak melabur di negeri Kelantan, Terengganu dan Perlis termasuk pelabur kecil bertujuan menunjukkan kebodohan kerajaan mentadbir urus negeri. 

“Kenyataan ini adalah andaian persepsi fitnah dan palsu tentang perbuatan Perdana Menteri terutamanya melibatkan pelaburan berunsur sogokan dan berkepentingan.

“Ini merupakan fitnah dan hasutan yang tiada bukti, bersandarkan percakapan atau ‘hearsay’. Tuduhan ini hanya mahu menjejaskan reputasi kredibiliti kerajaan Madani,” katanya pada sidang media di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, hari ini. 

Terdahulu, SGGMSR yang mewakili 50 NGO lain telah membuat laporan di IPD Dang Wangi pada 12 tengah hari.

Mengulas lanjut, Mustapa menegaskan, kenyataan Papagomo berunsur sabotaj kerana putar belit fakta tersebut demi menjejaskan reputasi kredibillti kerajaan terhadap Anwar selaku pemimpin negara. 

“Kami dapati content YouTube ini telah melemparkan fihah berniat jahat dan segala tohmahan tidak masuk akal telah merosakkan nama baik Anwar serta kerajaan Madani.

“Justeru, kami menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap Papagomo berkaitan tuduhan dilemparkannya,” katanya. 

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Sulizmie Affendy Sulaiman ketika dihubungi mengesahkan laporan itu. 

“Ya, saya sahkan terima, kami akan teliti laporan,” katanya.

Sebelum ini, blogger Papagomo telah memuat naik satu video berdurasi selama 11 minit 23 saat mendakwa Anwar telah mensabotaj Muhammad Sanusi berkaitan isu pelaburan di negeri terbabit.

Ia susulan pendedahan Muhammad Sanusi mendakwa wujudnya plot yang dicipta untuk menggagalkan pelaburan swasta di negeri ini namun belum mahu mendedahkan dalang dikatakannya.

Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Kedah itu merujuk kepada keputusan peneraju pelaburan global Bin Zayed International Group of Companies (BZI) menarik diri daripada projek Langkasuka bernilai RM40 bilion di Langkawi namun tidak mendedahkan butirannya.

Related Posts

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

PUTRAJAYA – Pakatan Harapan (PH) akan mengadakan mesyuarat dalam masa terdekat bagi meneliti beberapa perkara yang dibangkitkan pada Kongres Nasional PKR dan Persidangan Kebangsaan DAP. Ketua Penerangan PKR, Datuk Seri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

KUALA LUMPUR – Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mencatatkan pendapatan pelaburan RM57.50 bilion bagi tempoh enam bulan berakhir 30 Jun 2026, meningkat 48 peratus berbanding RM38.92 bilion dalam tempoh sama…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

  • By Fandi
  • August 17, 2026
LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

MBSA sedia 300 hidangan percuma di Seksyen 24 esok

MBSA sedia 300 hidangan percuma di Seksyen 24 esok