Adik serang kakak sehingga cedera di Hospital Tawau

TAWAU – Polis Tawau menahan seorang lelaki kerana menyerang kakaknya yang berada di Hospital Tawau sehingga mengakibatkan kecederaan di sini pada Rabu

Menurut Polis Daerah Tawau menerusi siaran yang dimuat naik di Facebook, lelaki tersebut ditahan bagi membantu siasatan dalam kes mendatangkan kecederaan kepada mangsa.

“Kejadian ini berlaku di Hospital Tawau apabila suspek (adik) dengan secara tiba-tiba menyerang kakaknya dengan menarik tudung dan menolak mangsa ke dinding menggunakan sikunya.

“Suspek juga bertindak ganas memukul mangsa bertubi-tubi sehingga menyebabkan kecederaan pada kepala dan sakit pada kaki dan tangan.

“Pertengkaran itu kemudiannya dileraikan oleh pengawal keselamatan yang bertugas.

“Mangsa yang ketakutan kemudiannya membuat laporan polis di Balai Polis berdekatan untuk keselamatan diri,” kata kenyataan tersebut.

Menurut kenyataan, sebaik laporan diterima, sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah (BSJ) IPD Tawau dikerahkan untuk mencari dan menahan suspek bagi membantu siasatan.

Jelasnya, serbuan dibuat di rumah tidak bernombor di Jalan Piang, Jalan Utara Baru dan berjaya menangkap suspek.

Suspek kemudiannya dibawa balik ke IPD Tawau untuk siasatan lanjut.

Kes akan disiasat di bawah seksyen 323/326A Kanun Keseksaan.

Related Posts

Sarawak lancar Sovereign AI, perkukuh keselamatan data strategik kerajaan

KUCHING – Kerajaan Sarawak melancarkan Platform Infrastruktur Sovereign AI bagi memperkukuh sistem pengurusan dan perlindungan data strategik kerajaan, sekali gus mempercepatkan capaian perkhidmatan kepada rakyat. Premier Sarawak, Tan Sri Abang…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tiga projek infrastruktur RM3.3 juta perkasa sosioekonomi penduduk Tebedu

SERIAN – Tiga projek pembangunan infrastruktur luar bandar bernilai keseluruhan RM3.3 juta di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tebedu dijangka memberi manfaat besar kepada penduduk setempat, khususnya dalam memudahkan akses…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sarawak lancar Sovereign AI, perkukuh keselamatan data strategik kerajaan

Sarawak lancar Sovereign AI, perkukuh keselamatan data strategik kerajaan

Tiga projek infrastruktur RM3.3 juta perkasa sosioekonomi penduduk Tebedu

Tiga projek infrastruktur RM3.3 juta perkasa sosioekonomi penduduk Tebedu

Hilang kawalan langgar kereta, remaja maut di lokasi kejadian

Hilang kawalan langgar kereta, remaja maut di lokasi kejadian

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak