PDRM tidak terima laporan dakwaan data MyKad 17 juta rakyat bocor

PUTRAJAYA – Polis tidak menerima laporan berkaitan kebocoran data MyKad milik 17 juta rakyat negara ini seperti yang tular di media sosial.

Timbalan Pengarah (Siasatan) Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Rohaimi Md Isa berkata, setakat ini tiada laporan polis diterima berkenaan dakwaan sebuah syarikat teknologi maklumat Singapura melalui hantaran di laman X berkaitan penjualan data MyKad di laman web gelap.

“Hasil siasatan yang dilakukan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Siber dan Multimedia JSJK Bukit Aman, tidak ditemui sebarang laporan berkaitan isu yang dinyatakan,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Rohaimi berkata, pihaknya akan terus melakukan pemantauan bagi menentukan kesahihan maklumat tersebut.

“Siasatan yang sewajarnya akan dilaksanakan bersama agensi lain yang berkaitan sekiranya laporan polis berkenaan isu tersebut diterima kelak,” katanya.

Sebelum ini, media tempatan melaporkan pengguna laman X, mendakwa, sampel MyKad Malaysia telah dikongsi secara terbuka di laman web gelap berkenaan.

Bagaimanapun, Kementerian Dalam Negeri (KDN) hari ini turut menafikan berlakunya kebocoran data 17 juta dokumen rasmi MyKad milik rakyat Malaysia seperti yang tersebar di media sosial hari ini.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, pemeriksaan rapi yang dilakukan agensi keselamatan termasuk Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) berhubung dakwaan itu mendapati ia tidak benar sama sekali.

Jelasnya, kerajaan memberi jaminan bahawa keselamatan data terutama MyKad milik seluruh rakyat Malaysia adalah terjamin dan sentiasa berada dalam keadaan selamat.

Related Posts

Suryady desak tindakan segera tangani isu kekurangan doktor di Sabah

TAWAU – Isu kekurangan pegawai perubatan di Sabah memerlukan penyelesaian menyeluruh dan tidak boleh hanya bergantung kepada penambahan jumlah penempatan di atas kertas, kata Ahli Parlimen Kalabakan, Datuk Andi Muhammad…

Lebih lanjut

teruskan membaca
‎Waspada berita palsu, grafik dimanipulasi berkaitan Belanjawan 2027 – Fahmi ‎

LABUAN – Orang ramai dinasihatkan supaya berwaspada terhadap kemungkinan penyebaran berita palsu dan grafik dimanipulasi menggunakan gambar serta logo organisasi media susulan pembentangan Belanjawan 2027.‎‎Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Suryady desak tindakan segera tangani isu kekurangan doktor di Sabah

  • By Fatin
  • October 7, 2026
Suryady desak tindakan segera tangani isu kekurangan doktor di Sabah

‎Waspada berita palsu, grafik dimanipulasi berkaitan Belanjawan 2027 – Fahmi ‎

  • By Ezmie
  • October 7, 2026
‎Waspada berita palsu, grafik dimanipulasi berkaitan Belanjawan 2027 – Fahmi ‎

Jalan baharu Sare-Sentebu mudahkan akses, jimatkan masa perjalanan ke Sarikei

Jalan baharu Sare-Sentebu mudahkan akses, jimatkan masa perjalanan ke Sarikei

Wartawan Labuan perlu kaki palsu baharu, terima sumbangan Kasih@HAWANA

  • By Ezmie
  • October 7, 2026
Wartawan Labuan perlu kaki palsu baharu, terima sumbangan Kasih@HAWANA

CCTV sekolah berasrama di Perlis fokus kawasan asrama

CCTV sekolah berasrama di Perlis fokus kawasan asrama

KTC lahirkan 256 graduan mahir dalam tempoh 15 tahun

  • By Ezmie
  • October 7, 2026
KTC lahirkan 256 graduan mahir dalam tempoh 15 tahun