Pembangkang henti cipta, eksploitasi isu SPM tidak ditangguh – PM

PUTRAJAYA – Malaysia telah berdepan dengan isu peperiksaan ketika dilanda musim banjir sejak berdekad lalu dan ia tidak pernah ditangguhkan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, keputusan Kementerian Pendidikan (KPM) untuk meneruskan peperiksaan itu bagaimanapun berdepan dengan stigma sesetengah pembangkang yang cuba mengeksploitasi isu berkenaan.

“Kita telah menghadapi isu ini selama berdekad dan kita tidak menangguhkan peperiksaan. Pembangkang mainkan isu yang besar bahawa mereka (calon Sijil Pelajaran Malaysia) ini tiada pen dan buku.

“Saya perlu ingatkan bahawa ini adalah ujian lisan, tak perlu pen dan buku. Lisan maksudnya lisan,’’ katanya ketika berucap di Majlis Pengumpulan Dana Ihsan Madani untuk mangsa banjir di Kompleks Seri Perdana, hari ini.

Terdahulu, KPM memutuskan peperiksaan SPM dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) tidak perlu ditangguh atau ditunda kerana kementerian itu mempunyai mekanisme lengkap menangani isu pelajar terkesan banjir pada musim monsun timur laut.

Ketua Pengarah Pendidikan, Azman Adnan berkata, melalui prosedur operasi standard (SOP) Ops Payung, KPM yakin isu pelajar menduduki peperiksaan ketika banjir dapat diuruskan dengan baik.

Menterinya, Fadhlina Sidek pula menegaskan, KPM dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) telah berusaha memastikan tiada calon yang tercicir untuk menduduki ujian lisan SPM.

Mengulas lanjut, Anwar berkata, penghargaan bagaimanapun perlu diberikan kepada jentera seperti polis, tentera dan bomba, APMM yang memberi jaminan sekurang-kurangnya 99.9% calon SPM boleh menghadiri peperiksaan itu dan mereka diletakkan di hostel sementara.

Beliau juga memberitahu berdasarkan rekod lalu, mereka yang berada di hostel sementara ini mendapat keputusan yang baik berbanding calon di rumah.

“Di rumah tiada jaminan mereka akan belajar setiap malam, setiap hari tetapi di hostel guru datang, ada tugasan dan ada rakan-rakan yang komited serta serius belajar.

“Tapi saya tidaklah cakap banjir patut berlaku setiap tahun ,’’ katanya

Related Posts

Mahkamah lepas, bebas Muhyiddin daripada empat pertuduhan RM200 juta

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dilepas dan dibebaskan (DNA) oleh Mahkamah Tinggi di sini pada Selasa daripada satu pertuduhan menggunakan kedudukan untuk suapan dan tiga…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tabung Kasih @HAWANA salur lebih RM729,000 santuni warga media seluruh negara

KUCHING – Kementerian Komunikasi menerusi inisiatif Tabung Kasih @HAWANA terus komited menyantuni dan menjaga kebajikan pengamal media, dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM729,300 telah disalurkan kepada 845 penerima di seluruh negara…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Belia perlu bijak tapis maklumat, elak sebar berita palsu – George

  • By Fandi
  • September 15, 2026
Belia perlu bijak tapis maklumat, elak sebar berita palsu – George

Arthur bawa isu air UMS ke Kabinet, mahasiswa perlu rancang masa depan

Arthur bawa isu air UMS ke Kabinet, mahasiswa perlu rancang masa depan

Tiada sijil halal, guna kalimah Allah, Muhammad di restoran, pemilik didenda RM18,000

Tiada sijil halal, guna kalimah Allah, Muhammad di restoran, pemilik didenda RM18,000

MA63: NRES sudah laksana bahagian, kini giliran Sabah sambut penurunan kuasa – Arthur

MA63: NRES sudah laksana bahagian, kini giliran Sabah sambut penurunan kuasa – Arthur

Hak 40 peratus Sabah perlu diselesaikan berlandaskan semangat MA63 – Musa Aman

  • By Ithma
  • September 15, 2026
Hak 40 peratus Sabah perlu diselesaikan berlandaskan semangat MA63 – Musa Aman

Ahli Parlimen Miri zahir takziah, salur bantuan buat waris mangsa nahas Long Lellang

Ahli Parlimen Miri zahir takziah, salur bantuan buat waris mangsa nahas Long Lellang