Lelaki maut kereta terbabas masuk parit

TUARAN – Seorang lelaki maut selepas kereta dipandunya terbabas ke dalam parit di Jalan Kindu Tenghilang, Kampung Munsung, di sini, pagi Isnin.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tuaran Penolong Penguasa Bomba (PPgB) Mohd Nor Amit berkata, mangsa yang dikenali sebagai Saiful Suhaimi berumur 39 tahun disahkan maut di lokasi kejadian.

Setiba di lokasi, pasukan bomba mendapati berlakunya kemalangan yang membabitkan sebuah kereta sebuah kereta Proton Saga lama terbabas dan masuk ke dalam parit.

“Sepasukan lapan anggota bomba bersama dua jentera digerakkan ke lokasi terletak sejauh lapan kilometer sebaik menerima panggilan kecemasan pada pukul 11.30 pagi.

“Pasukan bomba kemudiannya bertindak mengeluarkan mangsa yang tersepit dari kereta setelah disahkan meninggal dunia oleh pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM),” katanya.

Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya dan operasi selesai pukul 12.15 tengah hari.

Related Posts

YANIS perkasa saringan awal murid prasekolah JAIS

SHAH ALAM – Yayasan Insan Istimewa Selangor (YANIS) berjaya melaksanakan Program Pra Saringan Murid Prasekolah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) melibatkan kesemua 13 prasekolah di bawah pentadbiran JAIS di seluruh…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kehadiran TYT Sarawak, isteri meriahkan Mowe Nation Festival di Sibu

SIBU – Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar menyempurnakan Majlis Makan Malam sempena Mowe Nation Festival 2026 pada Sabtu malam. Ketibaan beliau bersama isteri, Toh Puan Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PRN Johor bukti penolakan terhadap Pas – Pemerhati politik

PRN Johor bukti penolakan terhadap Pas – Pemerhati politik

YANIS perkasa saringan awal murid prasekolah JAIS

YANIS perkasa saringan awal murid prasekolah JAIS

Argentina tempah slot separuh akhir, kalahkan Switzerland 3-1

Argentina tempah slot separuh akhir, kalahkan Switzerland 3-1

Prestasi Aminuddin jadi sandaran PH hadapi PRN Negeri Sembilan – Penganalisis

Prestasi Aminuddin jadi sandaran PH hadapi PRN Negeri Sembilan – Penganalisis

Anwar hantar isyarat politik matang, komited bantu Johor – Penganalisis

Anwar hantar isyarat politik matang, komited bantu Johor – Penganalisis

Elakkan daripada mencampakkan diri dalam kebinasaan

Elakkan daripada mencampakkan diri dalam kebinasaan