Ini masa terbaik PAS sertai Kerajaan Perpaduan

PENYERTAAN PAS dalam Kerajaan Perpaduan yang dianggotai Pakatan Harapan dan UMNO sama ada secara langsung atau secara sokongan, akan memberi manfaat politik kepada kedua-dua belah pihak sekiranya perkara itu berjaya direalisasikan ketika ini.

Penganalisis politik Profesor Dr. Azmi Hassan berkata, sebagai parti yang sedang mentadbir empat negeri ketika ini, bersama dengan Kerajaan Perpaduan merupakan peluang terbaik PAS untuk berada dalam Kerajaan Persekutuan memandangkan gabungannya bersama Bersatu tidak mampu membawa Perikatan Nasional membentuk kerajaan di peringkat pusat.

“Bagi sudut pandang PAS, ini adalah masa yang terbaik bagi mereka untuk menyertai Kerajaan Perpaduan atau pun setidak-tidaknya dikatakan mesra Kerajaan Perpaduan.

“Ia tidak semestinya menyertai (secara langsung) kerana mereka mempunyai peluang untuk menyertai (bersama dalam) Kerajaan Persekutuan.

“Empat negeri meraka dah tadbir, (bagaimanapun untuk) menjadi Kerajaan Persekutuan, yang menjadi masalahnya sekarang adalah dengan Bersatu memang mustahil untuk menjadi Kerajaan Persekutuan kerana tiada sokongan bukan Melayu atau kurang sokongan bukan Melayu.

“Itu dari sudut pandang PAS kenapa perkara ini dikatakan boleh berlaku dan baik untuk PAS,” katanya kepada The Malaysia Press ketika dihubungi.

Dalam masa sama, Geostrategis dan Felo Kanan Akademi Penyelidikan Strategik Nusantara (NASR) itu berkata, penyertaan PAS dalam Kerajaan Perpaduan juga turut memberi kelebihan kepada gabungan itu dalam mendapatkan semula sokongan Melayu.

“Bagi pihak Kerajaan Perpaduan pula, ianya memerlukan sokongan PAS kerana undi Melayu amat kurang menyokong Pakatan Harapan.

“Dalam hal ini, (jika) jadi, kalau dilihat gabungan di antara PAS, Pakatan Harapan dan juga UMNO maka hampir secara keseluruhan pengundi Melayu paling tidak 80 peratus akan bersama-sama dengan Kerajaan Perpaduan. Jadi, kalau dilihat kedua-duanya mendapat keuntungan,” katanya.

Berkenaan kedudukan UMNO dalam Kerajaan Perpaduan, kemasukan PAS dalam gabungan tersebut tidak akan memberi kesan negatif kerana telah menjadi tunggak utama dalam pembentukan gabungan parti-parti politik itu.

Malah, menurut Azmi lagi UMNO juga mempunyai kekuatan dan kedudukannya yang tersendiri di dalam gabungan tersebut.

“Bagi saya tidak menjadi masalah bagi UMNO dalam perkara ini kerana kuatnya Kerajaan Perpaduan, UMNO dikatakan menjadi tunggaknya, (manakala) PAS dikatakan bukan tunggaknya.

“Jadi dalam hal ini ramai mengatakan UMNO tidak akan menerima (kemasukan PAS, lalu) akan keluar kerajaan. Saya rasa ini tidak akan berlaku kerana sebenarnya UMNO mempunyai kekuatannya sendiri walaupun hanya mempunyai 26 kerusi berbanding PAS yang lebih banyak daripada jumlah itu,” tambahnya.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini memaklumkan pernah menjemput PAS untuk menganggotai Kerajaan Perpaduan namun, ditolak oleh parti itu.

Pada penamaan calon di Pilihan Raya Kecil Sungai Bakap Sabtu lalu, Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil memberitahu media terdapat banyak perbincangan antara kerajaan dan pembangkang diadakan oleh kedua-dua pihak.

Fahmi yang juga jurucakap kerajaan berkata, antara perbincangan tersebut turut melibatkan Perdana Menteri dan Menteri Besar PAS, serta perbincangan dalam kalangan ahli-ahli parlimen.

“(Soal) perbincangan, memang banyak berbincang.

“Kita lihat bagaimana perbincangan antara Menteri besar daripada PAS, contohnya dengan Perdana Menteri Anwar Ibrahim, (serta) perbincangan di kalangan ahli parlimen dengan perdana menteri,” katanya ketika ditemui pemberita di pusat penamaan calon PRK Sungai Bakap.

Related Posts

Harga runcit petrol, diesel tanpa subsidi turun 5 sen seliter

KUALA LUMPUR: Harga runcit petrol RON97, RON95 tanpa subsidi dan diesel tanpa subsidi masing-masing turun lima sen seliter bagi tempoh 6 hingga 12 Ogos depan. Kementerian Kewangan (MOF), dalam kenyataan hari…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Cik Man meninggal dunia dipercayai akibat serangan jantung

PELAKON filem dan drama Kamarool Yusoff atau lebih dikenali sebagai Cik Man meninggal dunia pada Rabu dipercayai akibat serangan jantung. Allahyarham yang berusia 68 tahun itu menghembuskan nafas terakhir jam…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Harga runcit petrol, diesel tanpa subsidi turun 5 sen seliter

  • By Aden
  • August 5, 2026
Harga runcit petrol, diesel tanpa subsidi turun 5 sen seliter

Penemuan kedua tulang dalam guni cetus persoalan

Penemuan kedua tulang dalam guni cetus persoalan

Cik Man meninggal dunia dipercayai akibat serangan jantung

Cik Man meninggal dunia dipercayai akibat serangan jantung

Kerajaan percepat proses 15,000 permohonan pekerja asing bantu sektor ekonomi

Kerajaan percepat proses 15,000 permohonan pekerja asing bantu sektor ekonomi

Bangunan warisan Georgetown perlu diaudit secara sistematik demi keselamatan

Bangunan warisan Georgetown perlu diaudit secara sistematik demi keselamatan

Rumah dibeli terbengkalai, suami isteri tanggung sewa dan pinjaman serentak

Rumah dibeli terbengkalai, suami isteri tanggung sewa dan pinjaman serentak