Recoda adakan sesi libat urus di Kampung Trusan Tengah, Lawas

LAWAS – Ketua Pegawai Eksekutif Recoda, Datuk Ismawi Ismuni mengadakan sesi libat urus bersama-sama pihak pemegang taruh dan lawatan tapak di Kampung Trusan Tengah, Lawas sebagai sebahagian daripada Program Santuni Madani.

Sesi libat urus bersama komuniti tempatan ini bertujuan untuk mendekati komuniti setempat bagi mengenal pasti keperluan mereka.

Seterusnya meninjau kemajuan inisiatif yang dilaksanakan di kawasan tersebut, yang melibatkan lokasi utama seperti Dewan Masyarakat, Gelanggang Futsal, dan Masjid di Kampung Trusan Tengah.

Program Santuni Madani merupakan inisiatif di bawah seliaan Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU), Jabatan Perdana Menteri, yang bertujuan meningkatkan potensi kampung serta memperkasakan komuniti setempat.

Melalui pemantauan langsung dan sesi libat urus, program ini bertujuan mengenal pasti cabaran sosioekonomi dan menyediakan penyelesaian khusus bagi memenuhi keperluan penduduk di kawasan tersebut.

Turut hadir Ahli Parlimen Lawas, Datuk Henry Sum Agong; Pengarah Wilayah NRDA, Datuk Ubaidillah Abdul Latip; Temenggung Rosli Majid; Pemanca Hassan Pilus; Penghulu Kawasan Trusan, Awangku Sapiudin Pengiran Draup; serta wakil Pejabat Residen Bahagian Limbang, Pejabat Daerah Lawas, Pejabat Daerah Kecil Trusan, dan Ketua-ketua Kampung dari Kampung Tengah Trusan dan Kampung Masjid.

Related Posts

Projek jalan RM47 juta pacu pembangunan sosioekonomi Muara Payang

KUCHING – Berita gembira buat warga Muara Payang apabila projek pembinaan infrastruktur jalan raya bernilai RM47 juta kini bermula secara rasmi, sekali gus bakal membawa limpahan manfaat kepada penduduk sekitar.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Penunggang motosikal maut dirempuh lori simen

SIBU – Seorang lelaki maut selepas motosikal ditunggangnya terbabit dalam kemalangan dengan sebuah lori simen di lampu isyarat Jalan Tun Ahmad Zaidi Adruce, di sini, hari ini. Pusat Gerakan Operasi,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Lebih 3,000 mohon jadi ahli UMNO secara dalam talian

Lebih 3,000 mohon jadi ahli UMNO secara dalam talian

Projek jalan RM47 juta pacu pembangunan sosioekonomi Muara Payang

Projek jalan RM47 juta pacu pembangunan sosioekonomi Muara Payang

Sultan Ibrahim perkenan pelantikan 14 hakim, 17 ahli MAINPP

Sultan Ibrahim perkenan pelantikan 14 hakim, 17 ahli MAINPP

Penunggang motosikal maut dirempuh lori simen

Penunggang motosikal maut dirempuh lori simen

Integriti ulama dalam politik kembali dipersoal

Integriti ulama dalam politik kembali dipersoal

MCMC buka siasatan kes sebar maklumat palsu libatkan SPRM, Azam Baki

MCMC buka siasatan kes sebar maklumat palsu libatkan SPRM, Azam Baki