Selepas fertigasi sawi, Primula tanam ubi kayu demi alam sekitar

KUALA TERENGGANU – Amalan kelestarian dalam pertanian menjadi pendorong kepada pihak pengurusan Primula Beach Hotel dekat bandar ini mengusahakan tanaman ubi kayu secara inovatif dan semula jadi.

Jika sebelum ini mereka sudah membuktikan kejayaan menerusi projek tanaman fertigasi sawi, pihak hotel berkenaan memulakan projek tanaman ubi kayu sekitar Disember tahun lalu.

Pengurus Besar hotel itu, Suaibah Harun berkata, tanaman ubi kayu berkenaan sudah menampakkan hasil apabila tuaian pertama seberat 11.35 kilogram berjaya diperoleh.

“Kita mulakan dengan 10 pokok buat permulaan dan hasilnya amat mengejutkan kami, jadi ia menunjukkan usaha ini bukanlah sia-sia.

“Selain dapat memanfaatkan tanah di kawasan hotel kami, ia juga dapat membantu melengkapkan elemen hijau dan alam semula jadi di sekeliling hotel ini,” katanya.

Beliau menjelaskan usaha berkenaan juga sebagai sebahagian daripada agenda pemantapan ekosistem segar dan nyaman seperti dihasratkan pihak pengurusan hotel.

Katanya, paling penting adalah melaksanakan projek tanaman yang bersesuaian dengan kehendak masyarakat setempat dan juga pelanggan hotel terbabit.

“Hasil tanaman seperti sawi dan ubi kayu ini kami gunakan untuk menu di restoran yang terdapat di hotel kami.

“Secara tidak langsung kita mencipta pengalaman baharu kepada pelanggan kami, terutamanya dari luar negara untuk merasai keunikan masakan tradisional berasaskan ubi kayu yang sememangnya menarik dan sedap,” katanya.

Related Posts

Lelaki maut dibaham buaya ketika mengambil hasil tangkapan

LAHAD DATU – Hasrat seorang lelaki mencari rezeki di laut berakhir dengan tragedi apabila dia dipercayai dibaham seekor buaya ketika mengambil pukat di perairan Kampung Mundas, Tungku dekat sini pagi…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Amirudin: Tiada caj, kompaun sepanjang gangguan aplikasi parkir

SHAH ALAM – Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari mengarahkan supaya tiada caj parkir atau kompaun dikenakan kepada pengguna susulan gangguan teknikal yang menyebabkan aplikasi parkir tidak dapat diakses.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

700,000 pemilik kenderaan persendirian nikmati diesel bersubsidi mulai esok

700,000 pemilik kenderaan persendirian nikmati diesel bersubsidi mulai esok

Pasport Malaysia baharu perkukuh keyakinan dunia terhadap negara

  • By Aden
  • June 30, 2026
Pasport Malaysia baharu perkukuh keyakinan dunia terhadap negara

Lelaki maut dibaham buaya ketika mengambil hasil tangkapan

Lelaki maut dibaham buaya ketika mengambil hasil tangkapan

Amirudin: Tiada caj, kompaun sepanjang gangguan aplikasi parkir

Amirudin: Tiada caj, kompaun sepanjang gangguan aplikasi parkir

Sabah perkukuh tadbir urus biodiversiti melalui strategi 2024-2034, dua sistem digital baharu

Sabah perkukuh tadbir urus biodiversiti melalui strategi 2024-2034, dua sistem digital baharu

Lagi insiden letupan senjata Kem Hobart: Dua anggota TDM kini stabil

Lagi insiden letupan senjata Kem Hobart: Dua anggota TDM kini stabil