57 rumah setinggan dirobohkan

KOTA KINABALU – Sebanyak 57 buah rumah setinggan masing-masing iaitu 31 di Kota Kinabalu manakala 26 rumah di Kunak dirobohkan pada Jumaat bagi memastikan kedua-dua daerah berkenaan bebas daripada penempatan haram.

Menurut kenyataan dikeluarkan di Facebook rasmi Polis Daerah Kota Kinabalu, operasi itu dilaksanakan bagi  memastikan keselamatan dan kesejahteraan komuniti.

“Polis DiRaja Malaysia (PDRM) melalui Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu telah melaksanakan Operasi Perobohan Koloni Setinggan Bil: 138/2024, Siri: 10/2024.

“Operasi ini melibatkan kerjasama pelbagai agensi kerajaan seperti Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK), Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Angkatan Pertahanan Awam (APM), Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB), Jabatan Tanah dan Ukur (JTU) serta Jabatan Ketua Menteri (JKM),” kata kenyataan itu.

Operasi itu berjalan lancar tanpa sebarang insiden tidak diingini dan mencerminkan komitmen berterusan PDRM IPD Kota Kinabalu menangani isu sosial, mencegah jenayah serta memastikan pembangunan kawasan yang teratur.

Sementara itu, IPD Kunak menerusi laman rasmi Facebooknya berkata, perobohan koloni setinggan di Kampung Kulluk Kunak Jaya dibuat berikutan 26 rumah setinggan terbabit dibina secara haram di atas tapak milik Jabatan Perhutanan Daerah Kunak.

“Tindakan perobohan dijalankan mengikut Seksyen 173(1)(h) Ordinan Tanah Sabah dan mengikut Ordinan Tanah Bab 68 berdasarkan surat Notis yang dikeluarkan Pegawai Jabatan Tanah & Ukur Kunak (JTU) dan Surat Notis yang dikeluarkan oleh Pegawai Eksekutif Majlis Daerah Kunak bertarikh 24 September 2024.

“Oleh itu, rumah setinggan telah berjaya dirobohkan setelah Notis dikeluarkan berkuat kuasa 01 Oktober 2024 hingga 30 Oktober 2024,” katanya.

Menurutnya, operasi dilakukan 23 pegawai penguat kuasa pelbagai agensi berjalan baik tanpa sebarang bantahan dan provokasi dari penduduk setinggan tersebut.

Related Posts

PMX umum bantuan RM1,500 kepada 300 keluarga Kg Bahagia terjejas kebakaran

SANDAKAN – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan bantuan segera termasuk tambahan dengan keseluruhan sebanyak RM1,500 daripada Kerajaan Persekutuan kepada 300 keluarga terlibat kebakaran di Kampung (Kg) Bahagia, di…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tidak komited kepada parti, 15 AJK letak jawatan – Noor Amin

KANGAR – Seramai 15 ahli jawatankuasa (AJK) PKR Cabang Kangar meletakkan jawatan selepas didapati tidak komited dalam menghadiri mesyuarat parti. Ketua PKR Cabang Kangar, Noor Amin Ahmad berkata, tindakan itu…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Bayern ke final Piala Jerman hasil gol Diaz, Kane

Bayern ke final Piala Jerman hasil gol Diaz, Kane

City di puncak EPL lepas menang tipis atasi Burnley

City di puncak EPL lepas menang tipis atasi Burnley

Malaysia tegaskan tiada keputusan unilateral boleh dibuat berkaitan Selat Melaka

Malaysia tegaskan tiada keputusan unilateral boleh dibuat berkaitan Selat Melaka

PMX umum bantuan RM1,500 kepada 300 keluarga Kg Bahagia terjejas kebakaran

PMX umum bantuan RM1,500 kepada 300 keluarga Kg Bahagia terjejas kebakaran

Tidak komited kepada parti, 15 AJK letak jawatan – Noor Amin

Tidak komited kepada parti, 15 AJK letak jawatan – Noor Amin

Keutamaan bantuan pada warganegara, prinsip kemanusiaan tetap dipelihara – PMX

Keutamaan bantuan pada warganegara, prinsip kemanusiaan tetap dipelihara – PMX