Malaysia sambut baik pengumuman waran tangkap Netanyahu, Gallant

PUTRAJAYA – Malaysia menyambut baik pengumuman yang dibuat oleh Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) yang mengeluarkan waran tangkap ke atas Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu dan bekas Menteri Pertahanan Israel, Yoav Gallant atas kesalahan jenayah perang.

Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Fahmi Fadzil berkata, susulan pengumuman waran tangkap tersebut, kedua-dua ‘buruan’ itu sudah pasti tidak akan datang ke Malaysia kerana Malaysia tidak mengiktiraf negara haram Israel.

“Jemaah Menteri telah membincangkan pengumuman yang telah dibuat oleh ICC mengenai waran tangkap terhadap Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, dan seorang lagi bekas menteri beliau Yoav Gallant di atas kesalahan jenayah perang.

“Kerajaan Malaysia mengalu-alukan pengumuman ini dan sudah pasti mereka tidak akan datang ke Malaysia sebab Malaysia tidak mengiktiraf dan tidak mempunyai sebarang hubungan diplomatik dengan negara Israel.

“Jadi kita alu-alukan, kerajaan juga mengalu-alukan keputusan kerajaan-kerajaan seluruh dunia yang mana telah memperakui dan memberi kerjasama kepada pihak ICC bagi menangkap penjenayah ini,” katanya ketika sidang media mingguan bersama Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Fahmi Fadzil.

ICC pada Khamis mengeluarkan waran tangkap terhadap Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu dan bekas Menteri Pertahanan Israel, Yoav Gallant atas dakwaan jenayah perang di Gaza.

ICC mengeluarkan waran tangkap itu di atas jenayah terhadap kemanusiaan dan jenayah perang yang dilakukan dari 8 Oktober 2023 hingga 20 Mei 2024, hari pendakwaan memfailkan permohonan waran tangkap.

Malah, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan keputusan ICC itu sebagai kemenangan kepada keadilan dan kemanusiaan dan menegaskan bahawa keputusan ICC itu amat wajar kerana ia dibuat berdasarkan undang-undang dan bukti.

Related Posts

BMW diguna PM hanya pinjaman sementara, bukan pembelian baharu

PUTRAJAYA – Jabatan Perdana Menteri (JPM) menjelaskan penggunaan sebuah kenderaan BMW oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hanyalah bersifat sementara dan bukan melibatkan pembelian atau penyediaan kenderaan rasmi baharu…

Lebih lanjut

teruskan membaca
BN jangan jadikan program jelajah TVET bahan kempen politik – Alan

JOHOR BAHRU – Program jelajah Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional tidak perlu digunakan oleh Barisan Nasional (BN) sebagai alat dan kempen politik untuk meraih sokongan daripada golongan muda. Calon…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Polis cari pemandu MPV langgar maut lelaki di bahu jalan

Polis cari pemandu MPV langgar maut lelaki di bahu jalan

70 tahun FELDA bentuk generasi peneroka berjiwa kental

70 tahun FELDA bentuk generasi peneroka berjiwa kental

Pengundian awal di IPD Johor Bahru Utara capai 33 peratus setakat 10 pagi

Pengundian awal di IPD Johor Bahru Utara capai 33 peratus setakat 10 pagi

Belgium bergaya ke suku akhir, tewaskan AS 4-1

Belgium bergaya ke suku akhir, tewaskan AS 4-1

BMW diguna PM hanya pinjaman sementara, bukan pembelian baharu

BMW diguna PM hanya pinjaman sementara, bukan pembelian baharu

SUKMA Selangor 2026 raih tajaan RM8 juta, 17 syarikat hulur sokongan

SUKMA Selangor 2026 raih tajaan RM8 juta, 17 syarikat hulur sokongan