Rakam video punggung, badan wanita: Suami orang mengaku tidak bersalah

TELUK INTAN – Gatal tidak bertempat!

Keghairahan seorang doktor yang juga berstatus suami orang merakam video seorang wanita membawa padah sehingga menjadi kes mahkamah.

Seorang pegawai perubatan sebuah hospital, dihadapkan ke Mahkamah Majistret Teluk Intan pada Jumaat atas kesalahan mengaibkan kehormatan seorang wanita dengan merakam video punggung dan badan mangsa, pada Julai lalu.

Tertuduh, Amirul Haqim Ayub, 31, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Naidatul Athirah Azman.

Mengikut pertuduhan, lelaki yang sudah berkahwin itu didakwa telah dengan sengaja mengaibkan kesantunan seorang pekerja wanita dengan cara merakam video punggung dan bahagian badan mangsa menggunakan telefon bimbit.

Dia didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah premis kesihatan dan kecantikan di Jalan Changkat Jong, Teluk Intan di Daerah Hilir Perak, pada jam 6.30 petang, 12 Julai 2024.

Dia didakwa di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum penjara sehingga lima tahun, atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Inspektor Nurul Farahdiana Md Saad sementara tertuduh diwakili Peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), S Kumaresan.

Majistret Naidatul Athirah kemudiannya membenarkan tertuduh diikat jamin RM3,500 dengan seorang penjamin.

Mahkamah menetapkan 30 Disember depan sebagai tarikh sebutan semula kes untuk lantikan peguam dan serahan dokumen.

Berdasarkan laporan polis dibuat, kejadian itu berlaku semasa mangsa sedang menyusun stok baharu di tempat dia bekerja.

Pemeriksaan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) mendapati, tertuduh mendekati dan merakam video di bahagian punggung mangsa.

Related Posts

Program MADANI Kita himpun perkhidmatan, inisiatif kerajaan

KUANTAN – Program MADANI Kita 2026 di Tanjung Api menghimpunkan pelbagai perkhidmatan dan inisiatif kerajaan bagi membolehkan masyarakat mendapatkan bantuan, maklumat serta barangan keperluan pada harga lebih berpatutan secara terus…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Penantian berbaloi, pasangan suami isteri bawa pulang motosikal cabutan bertuah PMK

GOPENG – Penantian pasangan suami berbaloi apabila menjadi pemenang utama hadiah cabutan bertuah, sebuah motosikal jenis SM Sport 110cc di Program MADANI Kita (PMK) Bersama-sama Komuniti Simpang Pulai@Gopeng bertempat di…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Selesai BRICS, PMX mulakan siri kedua lawatan kerja ke Keralam

Selesai BRICS, PMX mulakan siri kedua lawatan kerja ke Keralam

Program MADANI Kita himpun perkhidmatan, inisiatif kerajaan

Program MADANI Kita himpun perkhidmatan, inisiatif kerajaan

Malaysia sertai BRICS buka perdagangan luas, kekal pendekatan jalan tengah – KP JKOM

Malaysia sertai BRICS buka perdagangan luas, kekal pendekatan jalan tengah – KP JKOM

Industri kayu rekod RM9.4 bilion nilai eksport hingga Jun 2026

Industri kayu rekod RM9.4 bilion nilai eksport hingga Jun 2026

Penantian berbaloi, pasangan suami isteri bawa pulang motosikal cabutan bertuah PMK

Penantian berbaloi, pasangan suami isteri bawa pulang motosikal cabutan bertuah PMK

UMNO kekal Kerajaan Perpaduan hingga akhir penggal bukan perkara baharu

UMNO kekal Kerajaan Perpaduan hingga akhir penggal bukan perkara baharu