Kerajaan jimat hampir RM1juta daripada lawatan PM ke lima negara

PUTRAJAYA – Kerajaan berpeluang menikmati penjimatan sebanyak RM900,000 hasil daripada sewaan khas pesawat Airbus A350 yang membawa delegasi lawatan ke lima negara bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim yang boleh mencecah kos sebanyak RM2.5 juta bagi pesawat Airbus sedia ada.

Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Fahmi Fadzil berkata, daripada keseluruhan kos perbelanjaan yang berjumlah RM6.162 juta, hanya RM1.662 juta sahaja yang ditanggung oleh kerajaan Malaysia manakala yang selebihnya dibiayai oleh delegasi perniagaan yang menyertai lawatan tersebut.

Menurutnya, ini bermakna kerajaan hanya menanggung 27 peratus sahaja daripada jumlah keseluruhan perbelanjaan lawatan dan menikmati penjimatan langsung sebanyak RM900,00 malah penerbangan Perdana Menteri turut ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan dan tidak dibiayai oleh mana-mana syarikat yang terlibat.

“Delegasi perniagaan membayar 73 peratus daripada jumlah tersebut atau RM4.57 juta jadi penting saya jelaskan di sini bahawa kerajaan membayar untuk penerbangan perdana menteri dan perdana menteri tidak dibiayai oleh mana-mana syarikat tetapi ditanggung oleh kerajaan.

“Delegasi perniagaan yang telah menyertai lawatan ini adalah sepenuhnya dibiayai oleh syarikat-syarikat itu sendiri dan mencerminkan minat kukuh syarikat-syarikat Malaysia terhadap peluang perdagangan dan pelaburan di negqra-negara dan rantau yang telah dilawati itu,” katanya ketika sidang media mingguan bersama Jurucakap Kerajaan Perpaduan.

Mengulas lanjut, kerajaan tetap mengeluarkan kos sebanyak RM1.662 juta manakala bagi semua urusan penginapan, makanan, transportasi di pihak kerajaan, semua diuruskan oleh pihak kerajaan atau penganjur bagi acara-acara seperti Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) dan Sidang Kemuncak Kumpulan 20 (G20).

“Jadi tidak timbul isu bahawa penginapan, makanan, minuman, penerbangan, ia tidak ditanggung oleh syarikat. Syarikat-syarikat ini mempunyai niat sama ada tujuan pelaburan di negara-negara yang telah dituju itu,” katanya.

Tambahnya, delegasi perniagaan seperti Petronas mempunyai pelaburan sehingga 6 bilion US dolar di Brazil.

“Maka mereka turut serta dalam rombongan tapi mereka membayar tiket sendiri dengan strategi sewaan khas ada penjimatan kepada pihak kerajaan hampir RM900,000, jadi ini yang ingin disampaikan.

“Dari segi manfaat hasil daripada lawatan termasuk pelaburan bernilai RM12.8 bilion, pembukaan peluang pasaran baharu, dan pengukuhan hubungan diplomatik, juga terdapat perkongsian strategik dalam tenaga boleh diperbaharui, automotif, pensijilan halal dan juga penubuhan ekosistem baharu untuk memperluas akses pasaran Malaysia di Amerika Latin dan Afrika Utara,” ujarnya.

Dalam pada itu, turut ditanya adakah kerajaan bersedia untuk mendedahkan senarai syarikat berkenaan, Fahmi berkata, ia boleh diajukan kepada Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI).

Terdahulu, media melaporkan bahawa implikasi kos perjalanan lawatan rasmi Perdana Menteri dan delegasi merentas tiga benua yang membabitkan lima negara destinasi dibiaya 70 hingga 80 peratus oleh syarikat swasta yang turut menyertai urusan itu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui kos perjalanan itu sangat tinggi namun kerajaan mengubah cara dengan mengundang syarikat-syarikat berkaitan untuk membayar tambang dan kos.

Dalam perkembangan sama, ditanya mengenai kehadiran anak sulung Anwar, Nurul Izzah dalam lawatan rasmi berkenaan, Fahmi menjelaskan bahawa ia merupakan jemputan daripada penganjur.

“Nurul Izzah dan Pengerusi Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa (ISIS), Datuk Profesor Dr Mohd Faiz Abdullah telah dijemput oleh penganjur.

“Ini kerana Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail tidak mengikuti rombongan ini dan beliau (Nurul Izzah) telah dijemput sebagai Pengarah Social and Economic Research Initiative (SERI),” katanya.

Related Posts

Malaysia terus jadi negara Islam contoh

BUKIT MERTAJAM – Malaysia terus diiktiraf pada peringkat antarabangsa sebagai antara negara Islam contoh dalam pengurusan hal ehwal Islam hasil kejayaan pelbagai institusi dan dasar yang dibangunkan secara tersusun, kata…

Lebih lanjut

teruskan membaca
‘Dengan izin Allah, akhirnya dapat jumpa Anwar’, mak cik Anipah menangis impian tercapai

BATU PAHAT – Impian yang disimpan sejak 1998 untuk bertemu Datuk Seri Anwar Ibrahim akhirnya menjadi kenyataan buat seorang warga emas yang mengakui mengalirkan air mata sebaik sahaja bersua bersama…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sindiket sarang burung walit RM81.8 juta tumpas di Sarawak

Sindiket sarang burung walit RM81.8 juta tumpas di Sarawak

Polis Johor siap siaga pastikan kelancaran pengundian awal PRN Johor, esok

  • By Aden
  • July 6, 2026
Polis Johor siap siaga pastikan kelancaran pengundian awal PRN Johor, esok

Norway hantar Brazil balik hasil 2 gol Haaland

Norway hantar Brazil balik hasil 2 gol Haaland

Demi undi Melayu, Onn Hafiz sanggup tunggang naratif tidak mahu duduk semeja dengan DAP

Demi undi Melayu, Onn Hafiz sanggup tunggang naratif tidak mahu duduk semeja dengan DAP

Anak perantau Johor diseru balik mengundi – PMX

Anak perantau Johor diseru balik mengundi – PMX

PRN Johor dilihat laluan BN mahu kembali berkuasa

PRN Johor dilihat laluan BN mahu kembali berkuasa