Penghuni Sang Riang sertai program bantuan awal kecemasan

KUANTAN – Klinik Kesihatan Triang, dekat Bera, menganjurkan Program Bantuan Awal Kecemasan kepada petugas dan penghuni Rumah Kebajikan Warga Emas Sang Riang, semalam.

Program itu bagi mendedahkan kakitangan dan penghuni rumah kebajikan berkenaan mengenai kepentingan memiliki kepakaran dalam memberikan bantuan awal jika berlaku kecemasan, terutamanya membabitkan kesihatan.

Menurut pegawai perubatan Klinik Kesihatan Triang, Adi Aisha, program itu adalah sebahagian daripada pendekatan pihaknya mendekati masyarakat setempat.

“Penganjuran program seumpama ini selain dapat merapatkan hubungan antara kakitangan Klinik Kesihatan Triang dengan masyarakat, tapi paling penting adalah untuk memberi kesedaran kepada mereka berkaitan kepentingan menguasai cara memberikan bantuan awal kecemasan,” katanya.

Antara latihan diberikan kepada penghuni Sang Riang adalah cara melakukan CPR dan kaedah yang betul bagi memulihkan mereka yang mengalami masalah tercekik makanan.

“Apabila mereka boleh menguasai cara memberikan bantuan awal, maknanya peluang untuk menyelamatkan mangsa adalah lebih baik.

“Bantuan awal ini sebagai langkah pertama sebelum mangsa dihantar ke klinik atau hospital bagi mendapatkan rawatan susulan,” jelasnya.

Sementara itu, Pengerusi Sang Riang, Yap Yoke Moey berkata, kerjasama baik antara pihaknya dan kakitangan Klinik Kesihatan Triang sudah lama terjalin dan sering mengadakan program berkaitan kesihatan di rumah kebajikan berkenaan.

“Selain memberikan latihan berkaitan bantuan awal kecemasan, kita juga mengadakan kuiz dan memberikan sijil penghargaan kepada semua yang terbabit dalam program itu,” katanya.

Related Posts

Pemandu, penumpang rentung kemalangan kereta, lori tangki

TEMERLOH – Pemandu dan penumpang sebuah kereta dipercayai rentung selepas dihempap lori tangki yang membawa muatan 32,000 liter diesel serta petrol sebelum terbakar di Kilometer 9 Jalan Temerloh–Triang, petang tadi.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Teliti bantuan khas, skim sokongan guru luar bandar dan pulau

SEMPORNA – Kerajaan disaran meneliti pemberian bantuan khas atau memperluaskan skim sokongan sedia ada kepada guru yang bertugas di kawasan luar bandar dan kepulauan bagi membantu menampung kos pengangkutan yang…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Cukup berkompromi, kini masa pacu reformasi – AMK

Cukup berkompromi, kini masa pacu reformasi – AMK

Pemandu, penumpang rentung kemalangan kereta, lori tangki

Pemandu, penumpang rentung kemalangan kereta, lori tangki

Prestasi luar jangka KDNK 6.0 peratus bukti reformasi ekonomi berkesan

Prestasi luar jangka KDNK 6.0 peratus bukti reformasi ekonomi berkesan

Teliti bantuan khas, skim sokongan guru luar bandar dan pulau

  • By Fatin
  • August 14, 2026
Teliti bantuan khas, skim sokongan guru luar bandar dan pulau

300 pelajar Pahang ke luar negara terima RM1,000

300 pelajar Pahang ke luar negara terima RM1,000

RCI Tabung Haji: Segerakan pendakwaan jika bukti cukup – Haniff

RCI Tabung Haji: Segerakan pendakwaan jika bukti cukup – Haniff