Pelan SGR dijangka tarik pelabur asing, tingkatkan ekonomi Sarawak – Julaihi

KUCHING – Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak (MUT) menerusi Petroleum Sarawak (Petros) bergiat meningkatkan penggunaan gas asli di Sarawak selaras dengan pelan Sarawak Gas Roadmap (SGR).

Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak, Datuk Seri Julaihi Narawi menjelaskan terdapat empat empat hab strategik di Miri, Samalaju, Bintulu dan Kuching melalui beberapa inisiatif.

“Projek Combined Cycle Power Plant (CCPP) Miri yang berkapasiti 500 megawatt (MW) kini dalam fasa engineering, procurement, construction and commissioning (EPCC) dan dijangka beroperasi secara komersial pada suku keempat 2027,” kata beliau.

Tambah beliau, Projek Bintulu-Samalaju Gas Pipeline sepanjang 65 km yang bernilai RM1 billion membekalkan gas asli dari Bintulu ke kawasan Perindustrian Samalaju (SIP) termasuk keperluan gas CCPP Sarawak Energy.

Beliau berkata demikian semasa menggulung perbahasan bagi kementeriannya pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak Ke-19 pada Isnin.

Sementara itu, Julaihi berkata, Projek Sarawak Virtual Pipeline System (VPS) yang menggunakan kaedah trak yang dilengkapi tangki kriogenik (cryogenic tank) untuk penghantaran gas asli cecair (liquified natural gas – LNG) dari Bintulu ke Kuching kini dalam peringkat akhir perbincangan komersial.

“Projek ini dijangka beroperasi pada suku keempat 2025,” kata beliau.

Tambah beliau, SGR juga mengambil kira kepentingan semua rakyat Sarawak melalui inisiatif akses bekalan gas asli ke kediaman mereka menerusi program ‘Gas Direct to Kitchen’.

“Program ini bermula apabila PETROS memasang sistem paip gas asli di Quadruplex Taman Ceria (QTC) di Permyjaya, Miri,” kata beliau lagi.

Selain itu, ujar beliau, Petros juga sudah menyediakan peruntukan RM100 juta untuk melaksanakan projek rangkaian saluran paip gas asli di Bintulu.

“Pelan SGR ini dijangka menarik lebih ramai pelabur asing sekali gus meningkatkan ekonomi dan peluang pekerjaan berpendapatan tinggi di Sarawak,” ujar beliau lagi.

Related Posts

Pemuda UPKO, Warisan buat laporan polis isu kenyataan Noorazli

LABUAN – Pergerakan Pemuda UPKO dan Pergerakan Generasi Muda UPKO Labuan membuat laporan polis berhubung kenyataan Ketua UMNO Bahagian Sepang, Datuk Noorazli Said yang didakwa menyentuh isu kaum, agama dan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Penglibatan anak muda beri dimensi baharu Sambutan Hari Malaysia di Sabah

KOTA KINABALU – Penglibatan seramai 300 pelajar daripada pelbagai institusi pengajian tinggi dalam persembahan khas dijangka memberi dimensi baharu kepada Sambutan Hari Malaysia peringkat Negeri Sabah, pada 16 September ini…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pemuda UPKO, Warisan buat laporan polis isu kenyataan Noorazli

  • By Ezmie
  • September 15, 2026
Pemuda UPKO, Warisan buat laporan polis isu kenyataan Noorazli

Penglibatan anak muda beri dimensi baharu Sambutan Hari Malaysia di Sabah

  • By Ezmie
  • September 15, 2026
Penglibatan anak muda beri dimensi baharu Sambutan Hari Malaysia di Sabah

Malaysia nombor dua Asia Tenggara bagi prestasi penstriman internet

Malaysia nombor dua Asia Tenggara bagi prestasi penstriman internet

SPRM ingatkan masyarakat jangan mudah percaya maklumat tular

SPRM ingatkan masyarakat jangan mudah percaya maklumat tular

Leeds belasah Newcastle 4-1

Leeds belasah Newcastle 4-1

Jerebu semakin meruncing, Maxim edar pelitup muka percuma buat penumpang

Jerebu semakin meruncing, Maxim edar pelitup muka percuma buat penumpang