Selangor rangka pelan pengurusan cerun, kenal pasti lokasi bahaya

KERAJAAN Selangor sedang menyiapkan pelan risiko dan bahaya cerun membabitkan jalan-jalan di seluruh negeri di bawah seliaan Jabatan Kerja Raya (JKR).

Exco Infrastruktur Ir Izham Hashim berkata, pelan itu dijangka siap tahun hadapan sekali gus memudahkan agensi berkaitan memantau serta mengenal pasti kawasan-kawasan cerun yang hampir runtuh.

“Selain itu, bagi kawasan yang tidak melibatkan jalan Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) juga menyediakan peta bahaya dan risiko bagi seluruh Selangor.

“Peta ini akan memberi keutamaan kepada kawasan-kawasan bertanah tinggi terutamanya di Hulu Selangor, Gombak dan Hulu Langat,” katanya di Dewan Negeri Selangor, hari ini.

Menyentuh mengenai langkah Kerajaan Negeri menangani bencana tanah runtuh, Izham menjelaskan sistem amaran awal (EWS) dipasang di beberapa lokasi kawasan cerun.

“Pihak JKR, JMG dan pihak berkuasa tempatan memasang sistem itu bertujuan memberi indikasi amaran awalan supaya persediaan dan tindakan susulan dengan segera dapat dilaksanakan dalam mengatasi masalah tanah runtuh.

“Pemakaian garis panduan perancangan pembangunan di kawasan bukit dan tanah tinggi antaranya dalam meletakkan syarat zon penampan bertujuan mengurangkan risiko dan bahaya cerun runtuh terhadap sesuatu pembangunan yang hendak dilaksanakan serta impak terhadap kawasan sekitar,” katanya.

Izham juga memberitahu Dewan Negeri bahawa tatacara operasi piawai (SOP) pengurusan cerun seluruh negeri dijangka siap selewatnya Disember depan membabitkan dua komponen.

“SOP yang disediakan JMG akan dilaksana di semua pihak berkuasa tempatan supaya penjagaan cerun lebih baik,” katanya.

Related Posts

Kaamatan 2026 perkukuh perpaduan, Sabah jadi tumpuan dunia

KOTA KINABALU – Pesta Kaamatan Peringkat Negeri Sabah 2026 terus mencuri perhatian apabila sambutan tahun ini bukan sahaja meriah di peringkat negeri, malah semakin mendapat pengiktirafan antarabangsa. Menurut Setiausaha Main…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tiga janakuasa bergerak dari Johor bakal pulihkan isu elektrik Limbang

LIMBANG – Sarawak Energy Berhad (SEB) akan membawa masuk tiga set janakuasa bergerak dari Johor Bahru bagi menstabilkan bekalan elektrik di daerah ini. Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Hasbi Habibollah berkata,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kaamatan 2026 perkukuh perpaduan, Sabah jadi tumpuan dunia

Kaamatan 2026 perkukuh perpaduan, Sabah jadi tumpuan dunia

Tiga janakuasa bergerak dari Johor bakal pulihkan isu elektrik Limbang

Tiga janakuasa bergerak dari Johor bakal pulihkan isu elektrik Limbang

Ibadah korban tuntut pengorbanan harta, bukan sekadar sembelihan

Ibadah korban tuntut pengorbanan harta, bukan sekadar sembelihan

Tradisi Aidiladha diteruskan, Vivian Wong santuni warga media Sandakan

Tradisi Aidiladha diteruskan, Vivian Wong santuni warga media Sandakan

PM tunai solat sunat Aidiladha bersama lebih 10,000 jemaah di Masjid Putra

PM tunai solat sunat Aidiladha bersama lebih 10,000 jemaah di Masjid Putra

Kes tikam ibu tunggal, ejen hartanah diarah jalani pemeriksaan psikiatri

Kes tikam ibu tunggal, ejen hartanah diarah jalani pemeriksaan psikiatri