Kontraktor boleh dikenakan penalti jika gagal siapkan menara telekomunikasi dalam tempoh ditetapkan

KOTA KINABALU – Kerajaan mengambil serius isu kelewatan pelaksanaan dan pembinaan menara telekomunikasi yang tersenarai dalam pelaksanaan Pelan Jalinan Digital Negara (Jendela) dengan mengenakan penalti kepada kontraktor jika gagal siapkan dalam tempoh ditetapkan.

Menurut Menteri Sains Teknologi dan Inovasi Sabah, Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Ariffin, proses penalti bermula dengan pengeluaran Notis Pemberitahuan Penamaan (Notification of Approval) kepada pihak pembina menara atas kegagalan menyiapkan menara dalam tempoh yang ditetapkan.

“Untuk makluman Ahli Yang Berhormat bagi menara-menara yang menghadapi kelewatan, pihak kontraktor boleh dikenakan tindakan tegas seperti penalti.

“Perincian penalti adalah seperti berikut iaitu ‘Liquidated Damages’ (LD) mengambil ‘Performance Bond’, penolakan tuntutan dan tindakan undang-undang di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (AKta 588),” katanya ketika menjawab soalan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Limbahau, Datuk Juil Nuatim di DUN Sabah, pada Isnin.

Tambah Arifin, selain tindakan penalti, Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) juga telah mengambil beberapa langkah proaktif untuk menangani kelewatan yang berlaku dalam pelaksanaan projek ini.

“Tindakan-tindakan yang terlibat termasuklah meningkatkan kerjasama dengan pihak Kerajaan Negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan bagi memastikan kelancaran proses kelulusan dan pelaksanaan projek.

“MCMC juga telah meningkatkan kekerapan mesyuarat dengan pihak pembina, tindakan yang sedang dipertimbangkan adalah untuk mengenakan tindakan penalti ‘Liquidated Damages’ (LD) kepada pihak yang terlibat.

“MCMC juga berusaha untuk melibatkan semua pihak berkepentingan dalam perbincangan dan penyelesaian isu yang timbul termasuk proses pengeluaran permit dan kelulusan tapak menara untuk memantau perkembangan projek,” jelasnya.

Related Posts

Anwar sambut baik pertemuan dengan Mufti Besar India di Keralam

KERALAM (INDIA) – Pertemuan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan Mufti Besar India, Sheikh Abubakr Ahmad dijadual berlangsung di Keralam (sebelum ini dikenali sebagai Kerala) esok, dalam rangka lawatan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana

KOTA KINABALU – Program Kampung (Kg) Siaga 221 yang dilaksanakan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) penting dalam meningkatkan kesedaran dan kesiapsiagaan komuniti kampung menghadapi kemungkinan berlakunya bencana. Menteri di Jabatan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tempoh idah PRU16 belum sampai

Tempoh idah PRU16 belum sampai

Chelsea gagal raih tiga mata, seri 2-2 lawan Hull

Chelsea gagal raih tiga mata, seri 2-2 lawan Hull

Anwar sambut baik pertemuan dengan Mufti Besar India di Keralam

Anwar sambut baik pertemuan dengan Mufti Besar India di Keralam

Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana

Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana

Semikonduktor lonjak kerjasama industri Malaysia-India

Semikonduktor lonjak kerjasama industri Malaysia-India

Malaysia perluas pasaran Afrika menerusi kerjasama Ethiopia

Malaysia perluas pasaran Afrika menerusi kerjasama Ethiopia