Penganjur program, pengusaha aktiviti rekreasi perlu lebih peka

IPOH – Pemuda Parti Amanah Negara (Amanah) Perak meminta semua pihak terutamanya penganjur program dan pengusaha aktiviti rekreasi agar lebih peka dan bijak memilih aktiviti berdasarkan keadaan semasa.

Ketua Pemuda Amanah Perak, Khairol Najib Hashim, keselamatan dan nyawa para peserta harus sentiasa diutamakan berbanding sebarang pertimbangan lain.

Ujarnya, tragedi sebegini bukan acap kali berlaku sebelum ini, namun tiada sebarang pengajaran diambil oleh pihak-pihak terlibat.

“Keselamatan dan nyawa rakyat harus diutamakan.

“Pihak pengusaha aktiviti rekreasi air perlu bertanggungjawab dengan menghentikan serta-merta segala aktiviti berbahaya sehingga keadaan cuaca kembali normal dan selamat,” katanya.

Beliau berkata sedemikian dalam satu kenyataan yang dimuat naik di Facebook milik parti tersebut dalam mengulas kejadian kematian tiga pegawai Jabatan Kerja Raya (JKR) dalam kejadian lemas akibat kepala air di Sungai Jahang, Gopeng pada Jumaat.

Dalam kejadian tersebut ketiga-tiga mangsa dilaporkan lemas ketika menyertai aktiviti berakit redah jeram (white water rafting) di sungai tersebut bersama 19 lagi peserta daripada JKR Seberang Prai Tengah (SPT), Pulau Pinang dan Langkawi, Kedah.

Mengulas lanjut, Khairol Najib menggesa satu kajian menyeluruh dilakukan berkaitan prosuder operasi standard (SOP) sedia ada bagi aktiviti air di semua sungai di negeri Perak bagi mengelakkan tragedi sama berulang.

Jelasnya, Kerajaan Negeri Perak dengan kerjasama Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) segera mengeluarkan arahan larangan beserta SOP ketat berkaitan aktiviti air sepanjang musim tengkujuh.

“METMalaysia telah mengeluarkan amaran awal berkaitan Monsun Timur Laut bermula 5 November dan dijangka berterusan sehingga Mac 2025.

“Kejadian yang mengorbankan tiga peserta Team Building JKR amat mendukacitakan.

“Seharusnya membuka mata semua pihak tentang bahayanya aktiviti air ketika musim tengkujuh,” ujarnya yang turut merakam ucapan takziah kepada keluarga tiga mangsa yang terkorban.

Pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) juga telah merakam keterangan 19 individu bagi membantu siasatan susulan insiden tiga peserta lemas itu.

Related Posts

Rumah sewa dijadikan makmal proses ketum diserbu PGA

PASIR MAS – Taktik seorang lelaki menjadikan rumah sewa sebagai makmal memproses dan menjual air ketum di Gual Periok terbongkar selepas diserbu Pasukan Gerakan Am (PGA) pada Isnin. Serbuan kira-kira…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pertemuan pemimpin PH Negeri Sembilan hanya mesyuarat biasa, bincang persediaan PRN

SEREMBAN – Beberapa pemimpin Pakatan Harapan (PH) Negeri Sembilan mengesahkan pertemuan yang diadakan di Kediaman Rasmi Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun, pagi tadi hanya mesyuarat biasa bagi membincangkan perkara…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kemalangan ragut lima nyawa: Siasat segera, bawa pelaku ke muka pengadilan

Kemalangan ragut lima nyawa: Siasat segera, bawa pelaku ke muka pengadilan

Calon BN Johor akan dimuktamad selepas rundingan parti komponen – Zahid Hamidi

Calon BN Johor akan dimuktamad selepas rundingan parti komponen – Zahid Hamidi

MB Johor maklum hasrat bubar DUN kepada Zahid

MB Johor maklum hasrat bubar DUN kepada Zahid

Rumah sewa dijadikan makmal proses ketum diserbu PGA

Rumah sewa dijadikan makmal proses ketum diserbu PGA

Pertemuan pemimpin PH Negeri Sembilan hanya mesyuarat biasa, bincang persediaan PRN

Pertemuan pemimpin PH Negeri Sembilan hanya mesyuarat biasa, bincang persediaan PRN

Pulau Pinang sukar laksana PRN, PRU serentak – Kon Yeow

Pulau Pinang sukar laksana PRN, PRU serentak – Kon Yeow