Hanya Skuad Sabil anggota APM layak dapat elaun kerajaan

KUALA LUMPUR – Pimpinan Skuad Sabil tampil menangkis dakwaan kononnya pasukan sukarelawan UMNO itu diberi elaun oleh kerajaan.

Sebaliknya, menjelaskan insentif itu terhad kepada ahli menganggotai Angkatan Pertahanan Awam (APM).

Setiausahanya Mohd Razi Othman berkata, masih ramai keliru dan beranggapan elaun itu diberi kepada keseluruhan pasukan sehingga menimbulkan isu, terbaharu dibangkitkan Ahli Parlimen Kuala Krai, Abdul Latiff Abdul Rahman dari Perikatan Nasional (PN).

Beliau menjelaskan hanya ahli menganggotai APM menerima elaun itu dan mereka diterima selepas menyertai latihan serta kursus wajib selama 16 jam disediakan APM.

“Untuk bertugas dalam misi bantuan bencana seperti banjir, anggota Skuad Sabil perlu melapor diri di pejabat APM terlebih dahulu.

“Hanya anggota memiliki nombor badan APM dan telah berkursus layak menerima elaun,” lapor FMT.

Beliau mengulas kenyataan Abdul Latiff dari PAS di Dewan Rakyat semalam yang menggesa pasukan sukarelawan partinya dikenali Jabatan Amal turut diberi elaun seperti Skuad Sabil dengan mengiktirafnya sebahagian ahli APM.

Dakwanya, pasukan diselia Pemuda PAS itu lebih berpengalaman dalam mengendalikan operasi ketika bencana berbanding Skuad Sabil.

Razi mengakui Jabatan Amal sebagai badan sukarelawan lebih berpengalaman namun mereka perlu mengikuti prosedur untuk menganggotai APM bagi membolehkannya menerima elaun.

“Ini penting bagi memastikan semua anggota mematuhi prosedur keselamatan ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN),” katanya.

Related Posts

PH, UMNO sepakat kekalkan Kerajaan Perpaduan Negeri Sembilan

PUTRAJAYA – UMNO dan Pakatan Harapan (PH) sepakat untuk mengekalkan kerjasama Kerajaan Perpaduan di Negeri Sembilan demi kestabilan negeri dan kesejahteraan rakyat. Ia antara tiga persetujuan dan ketetapan dicapai hasil…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Antara tekanan subsidi, kos hidup dan realiti ekonomi negara

ADA yang bertanya, kenapa harga RON95 tidak dinaikkan kepada harga yang lebih tinggi atau diapungkan sahaja bagi mengurangkan bebanan nilai subsidi oleh negara? Secara realitinya, dasar kerajaan berkaitan harga bahan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PH, UMNO sepakat kekalkan Kerajaan Perpaduan Negeri Sembilan

PH, UMNO sepakat kekalkan Kerajaan Perpaduan Negeri Sembilan

Antara tekanan subsidi, kos hidup dan realiti ekonomi negara

Antara tekanan subsidi, kos hidup dan realiti ekonomi negara

Mekanik miliki 5 senjata api sebagai koleksi didakwa

Mekanik miliki 5 senjata api sebagai koleksi didakwa

Model pendidikan autisme kos rendah ubah akses luar bandar

Model pendidikan autisme kos rendah ubah akses luar bandar

Warga emas teruja pelajari ilmu produksi digital, bakal hasilkan video ‘Mengingati Ibu’

Warga emas teruja pelajari ilmu produksi digital, bakal hasilkan video ‘Mengingati Ibu’

‎Pendekatan berterusan perkukuh pendidikan, sumbang peningkatan prestasi akademik

  • By Ynom
  • May 5, 2026
‎Pendekatan berterusan perkukuh pendidikan, sumbang peningkatan prestasi akademik