Peru berpotensi jadi pintu masuk produk halal ke Amerika Latin

MALAYSIA menyatakan komitmen mengukuhkan hubungan ekonomi dengan Peru, termasuk usaha membangunkan Pelabuhan Chancay sebagai laluan strategik untuk produk halal Malaysia menembusi pasaran Amerika Latin.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang sedang dalam lawatan rasmi sempena Mesyuarat Pemimpin Ekonomi APEC (AELM) Ke-31, menjelaskan Malaysia melihat potensi besar dalam membangunkan ekosistem halal di Peru.

Ini bukan sahaja sebagai strategi perdagangan, tetapi juga peluang untuk memperluas kerjasama di rantau yang semakin menerima produk berasaskan halal.

“Peru memiliki kedudukan geografi yang strategik sebagai pintu masuk utama ke Amerika Latin. Dengan pembangunan infrastruktur Pelabuhan Chancay, Malaysia berharap dapat menyumbang kepada projek ini dan pada masa yang sama memperkukuhkan kehadiran produk halal Malaysia di rantau ini,” kata Anwar selepas pertemuan bersama Presiden Peru, Dina Ercilia Boluarte Zegarra di Istana Kerajaan Peru, hari ini.

Anwar sebelum itu diberi sambutan negara di pekarangan Istana Kerajaan Peru sebelum mengadakan mesyuarat tertutup, disusuli mesyuarat bilateral.

Turut sama adalah Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Akmal Nasrullah Mohd Nasir dan Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Datuk Seri Huang Tiong Si.

Kedua-dua pemimpin kemudian menyaksikan pertukaran tiga Memorandum Persefahaman (MoU) membabitkan kerjasama dalam industri halal antara Perbadanan Pembangunan Industri Halal Malaysia (HDC) dengan Suruhanjaya Penggalakan Eksport dan Pelancongan Peru (PROMPERU), kerjasama dalam bidang pertanian antara Institut Penyelidikan Kemajuan Pertanian Malaysia (Mardi) dengan Institut Inovasi Pertanian Kebangsaan (INIA) dan kerjasama dalam bidang gastronomi antara Taylor’s University dengan Pusat Latihan Pelancongan Peru (CENFOTUR).

Related Posts

PH, UMNO sepakat kekalkan Kerajaan Perpaduan Negeri Sembilan

PUTRAJAYA – UMNO dan Pakatan Harapan (PH) sepakat untuk mengekalkan kerjasama Kerajaan Perpaduan di Negeri Sembilan demi kestabilan negeri dan kesejahteraan rakyat. Ia antara tiga persetujuan dan ketetapan dicapai hasil…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Antara tekanan subsidi, kos hidup dan realiti ekonomi negara

ADA yang bertanya, kenapa harga RON95 tidak dinaikkan kepada harga yang lebih tinggi atau diapungkan sahaja bagi mengurangkan bebanan nilai subsidi oleh negara? Secara realitinya, dasar kerajaan berkaitan harga bahan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PH, UMNO sepakat kekalkan Kerajaan Perpaduan Negeri Sembilan

PH, UMNO sepakat kekalkan Kerajaan Perpaduan Negeri Sembilan

Antara tekanan subsidi, kos hidup dan realiti ekonomi negara

Antara tekanan subsidi, kos hidup dan realiti ekonomi negara

Mekanik miliki 5 senjata api sebagai koleksi didakwa

Mekanik miliki 5 senjata api sebagai koleksi didakwa

Model pendidikan autisme kos rendah ubah akses luar bandar

Model pendidikan autisme kos rendah ubah akses luar bandar

Warga emas teruja pelajari ilmu produksi digital, bakal hasilkan video ‘Mengingati Ibu’

Warga emas teruja pelajari ilmu produksi digital, bakal hasilkan video ‘Mengingati Ibu’

‎Pendekatan berterusan perkukuh pendidikan, sumbang peningkatan prestasi akademik

  • By Ynom
  • May 5, 2026
‎Pendekatan berterusan perkukuh pendidikan, sumbang peningkatan prestasi akademik