Himpunan Patriotik Rakyat tak dapat kebenaran MPTI, polis nasihat orang ramai tidak sertai

TELUK INTAN – Bertindak sebagai pemunya atau pemilik tempat perhimpunan, Majlis Perbandaran Teluk Intan (MPTI) tidak memberi kebenaran kepada sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) sebagai penganjur ‘Himpunan Patriotik Rakyat’ yang bakal diadakan di Dataran Menara Condong, di sini, pada Sabtu.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Ahmad Adnan Basri berkata, sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan tidak menyertai himpunan tersebut yang tidak mendapat kebenaran berhimpun daripada polis.

Ujarnya, pada 11 November lalu, polis telah menerima permohonan daripada pihak penganjur untuk mengadakan perhimpunan aman serta kebenaran mengibarkan Jalur Gemilang di kawasan berkenaan yang dijadualkan berlangsung pada 16 November jam 5 petang sehingga 7 malam.

“Ekoran itu, pihak polis telah menampal satu notis pemberitahuan berhubung Himpunan Patriotik Rakyat itu di kawasan menara berkenaan bagi mendapatkan pandangan orang awam.

“Hasil pemakluman notis berkaitan penganjuran perhimpunan ini, pihak polis telah menerima maklum balas daripada pemunya kawasan tersebut iaitu MPTI.

“MPTI tidak memberi kebenaran kepada pihak penganjur untuk mengadakan perhimpunan tersebut atas faktor ketidaksesuaian tempat perhimpunan,” katanya dalam satu kenyataan, pada Rabu.

Jelas Ahmad Adnan, pihak penganjur gagal mengemukakan persetujuan pemunya atau pemilik tempat perhimpunan (MPTI) seperti termaktub di bawah Seksyen 11 Akta Perhimpunan Aman (APA) 2012.

“Oleh itu, permohonan mereka tidak dapat diproses untuk tindakan selanjutnya,” tegasnya.

Justeru, beliau meminta orang ramai menghormati undang-undang dan menjaga ketenteraman awam dengan tidak menyertai perhimpunan yang dirancang pada Sabtu ini.

“Siapa yang ingkar, tindakan undang-undang boleh diambil di bawah APA 2012.

“Pihak polis memohon kerjasama daripada semua pihak untuk menghormati undang undang dan menjaga ketenteraman awam demi keselamatan dan keamanan masyarakat di kawasan Teluk Intan,” jelas beliau.

Related Posts

Program Sarawakku Sayang Betong tarik 97,225 pengunjung

BETONG – Program Sarawakku Sayang Bahagian Betong yang berlangsung selama tiga hari di Kompleks Sukan Betong berjaya menarik seramai 97,225 pengunjung. Program berkenaan turut menghimpunkan 48 agensi yang menawarkan sebanyak…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Gagal redakan krisis Negeri Sembilan, UMNO berdepan persepsi utamakan politik

PUTRAJAYA – UMNO berdepan persoalan sama ada kepentingan politik mengatasi tanggungjawabnya terhadap institusi diraja dan adat Negeri Sembilan sekiranya gagal memainkan peranan menyelesaikan kemelut yang dilihat semakin meruncing dalam negeri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Gambar disalah guna, Dr Zaliha nafi ada kaitan penempatan Rohingya

Gambar disalah guna, Dr Zaliha nafi ada kaitan penempatan Rohingya

‘Hutang ciput’, tetapi rakyat berhak tuntut cerita penuh kewangan Terengganu

‘Hutang ciput’, tetapi rakyat berhak tuntut cerita penuh kewangan Terengganu

Program Sarawakku Sayang Betong tarik 97,225 pengunjung

Program Sarawakku Sayang Betong tarik 97,225 pengunjung

Tidak sokong Pas bukan ukuran iman seseorang – Zuliadin

Tidak sokong Pas bukan ukuran iman seseorang – Zuliadin

Gagal redakan krisis Negeri Sembilan, UMNO berdepan persepsi utamakan politik

Gagal redakan krisis Negeri Sembilan, UMNO berdepan persepsi utamakan politik

New Age Movement: JAKIM tegur, dapatkan penjelasan Marhamah

New Age Movement: JAKIM tegur, dapatkan penjelasan Marhamah