Hari Ozon Sedunia: JAS Sabah kompaun tiga kenderaan, empat lagi terima notis uji semula

KOTA KINABALU – Sebanyak tiga kenderaan akan disyor kompaun dan empat lagi kenderaan diberi notis uji semula di bawah Seksyen 48A, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 menerusi operasi bersepadu peringkat kebangsaan bagi penguatkuasaan pelepasan asap hitam oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS) Sabah di sini pada Rabu.

Timbalan Pengarah JAS Sabah, Yaras Yusup berkata, operasi yang diadakan serentak seluruh Malaysia sempena Hari Ozon Sedunia itu menjalankan pemerhatian secara visual pada 96 buah kenderaan enjin diesel dan enjin petrol, beserta 16 buah kenderaan yang diuji menggunakan alat pengukur petrol dan meter asap.

“Operasi tersebut dijalankan dengan kekuatan seramai 60 anggota terdiri daripada lima agensi yang dianjurkan JAS Negeri Sabah dengan kerjasama Pasukan Trafik Ibu Pejabat Polis Kota Kinabalu, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Sabah, Agensi Anti Dadah (AADK) Sabah serta Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Sabah.

“Hasil daripada operasi itu, Ibu Pejabat Polis Trafik Kota Kinabalu turut mengeluarkan 16 saman manakala JPJ mengeluarkan 57 saman atas pelbagai kesalahan lalu lintas kepada setiap kenderaan yang diperiksa.

“Kementerian Pelancongan juga melakukan pemeriksaan ke atas 15 buah van dan pelancong manakala AADK menjalankan ujian air kencing ke atas 16 individu,” katanya.

Tambahnya, JAS Sabah juga menegaskan tidak akan berkompromi dengan mana-mana pemilik kenderaan yang gagal mematuhi Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Kawalan Pelepasan Daripada Enjin Diesel) 1996 dan Peraturan-peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Kawalan Pelepasan Daripada Enjin Petrol) 1996.

“Tindakan tegas seperti kompaun dan pendakwaan di mahkamah boleh diambil sekiranya kenderaan yang diperiksa gagal melepasi ujian pengukuran asap hitam bagi kenderaan enjin diesel dan gas bagi kenderaan enjin petrol.

“Kawalan bunyi bising motosikal juga akan dilaksanakan pada operasi yang seterusnya,” katanya.

Related Posts

Program Sarawakku Sayang Betong tarik 97,225 pengunjung

BETONG – Program Sarawakku Sayang Bahagian Betong yang berlangsung selama tiga hari di Kompleks Sukan Betong berjaya menarik seramai 97,225 pengunjung. Program berkenaan turut menghimpunkan 48 agensi yang menawarkan sebanyak…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Gagal redakan krisis Negeri Sembilan, UMNO berdepan persepsi utamakan politik

PUTRAJAYA – UMNO berdepan persoalan sama ada kepentingan politik mengatasi tanggungjawabnya terhadap institusi diraja dan adat Negeri Sembilan sekiranya gagal memainkan peranan menyelesaikan kemelut yang dilihat semakin meruncing dalam negeri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Gambar disalah guna, Dr Zaliha nafi ada kaitan penempatan Rohingya

Gambar disalah guna, Dr Zaliha nafi ada kaitan penempatan Rohingya

‘Hutang ciput’, tetapi rakyat berhak tuntut cerita penuh kewangan Terengganu

‘Hutang ciput’, tetapi rakyat berhak tuntut cerita penuh kewangan Terengganu

Program Sarawakku Sayang Betong tarik 97,225 pengunjung

Program Sarawakku Sayang Betong tarik 97,225 pengunjung

Tidak sokong Pas bukan ukuran iman seseorang – Zuliadin

Tidak sokong Pas bukan ukuran iman seseorang – Zuliadin

Gagal redakan krisis Negeri Sembilan, UMNO berdepan persepsi utamakan politik

Gagal redakan krisis Negeri Sembilan, UMNO berdepan persepsi utamakan politik

New Age Movement: JAKIM tegur, dapatkan penjelasan Marhamah

New Age Movement: JAKIM tegur, dapatkan penjelasan Marhamah