Baca Qunut Nazilah untuk musuh Islam, bukan tuju rakan seagama

KUALA LUMPUR – Bacaan Qunut Nazilah adalah digalakkan, namun tidak diharuskan jika untuk ditujukan kepada golongan Islam sendiri.

Demikian ulasan Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Luqman Abdullah melalui catatan Bayan Linas di laman web Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan, hari ini.

“Berdasarkan apa yang dapat diperhatikan daripada nas dan pernyataan ulama, doa Qunut Nazilah ini dibacakan ke atas golongan kafir dan murtad yang diperangi oleh orang Islam serta pada musibah besar yang menimpa mereka.

“Selain daripada itu, ia dibaca dalam konteks peperangan jihad yang dituntut dan dibenarkan oleh syarak, sepertimana situasi dihadapi Rasulullah SAW, Saidina Abu Bakar al-Siddiq RA dan Saidina Umar al-Khattab RA.

“Tidak terdapat riwayat hadis atau pandangan ulama yang mengharuskan bacaan doa Qunut Nazilah ke atas golongan Islam sendiri,” ujarnya.

Dr Luqman dalam masa yang sama menyatakan bahawa perbuatan membaca doa Qunut Nazilah ke atas orang Islam, tidak kira ia menjadi musuh atau lawan sesama umat Islam, adalah tidak dibolehkan dalam apa jua keadaan.

“Apatah lagi jika hanya melibatkan perselisihan faham dan pandangan yang biasa dalam politik dan seumpamanya.

“Hal ini seharusnya dielakkan kerana ia akan menjerumuskan seseorang kepada perbuatan yang ekstrem dan melampau dalam agama,” jelasnya.

Sebelum ini kumpulan Ahli Parlimen pembangkang membaca Qunut Nazilah di Dewan Rakyat, susulan keputusan Speaker, Tan Sri Johari Abdul menggantung Ahli Parlimen Machang, Wan Mohd Fayhsal Wan Ahmad selama enam bulan.

Penggantungan itu dibuat susulan tindakan Wan Mohd Fayhsal menjadikan surat layang sebagai modal perbahasan isu penjualan saham Malaysia Airports Holdings Berhad.

Usul menggantung Ahli Parlimen Machang itu dikemukakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Undang-undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said yang kemudiannya diluluskan melalui undi belah bahagi.

Keputusan itu menyaksikan Ahli Parlimen Jasin, Zulkifli Ismail membacakan doa berkenaan.

Semalam, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dilaporkan berkata, tindakan mendoakan kehancuran seteru politik Islam sebagai amalan ektremis dan pelampau.

Related Posts

Lima mangsa nahas helikopter ditemukan dalam bangkai pesawat

MIRI – Kesemua lima individu yang menaiki helikopter berdaftar 9M-LLF ditemukan maut di dalam bangkai pesawat yang terhempas dan terbakar di hujung landasan Lapangan Terbang Long Lellang pada petang Selasa.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PDRM tahan lima individu termasuk bekas pengerusi TH
  • AdenAden
  • September 9, 2026

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan lima individu semalam bagi membantu siasatan berkaitan kes melibatkan Tabung Haji (TH) termasuk bekas pengerusinya. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Datuk Rusdi…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Hutang Terengganu turun, tetapi siapa yang membayarnya?

Hutang Terengganu turun, tetapi siapa yang membayarnya?

PH cakap rasuah, UMNO jawab soal Raja – AMK

PH cakap rasuah, UMNO jawab soal Raja – AMK

NRES jamin aspek adaptasi tidak diketepikan dalam RUU Perubahan Iklim Negara

NRES jamin aspek adaptasi tidak diketepikan dalam RUU Perubahan Iklim Negara

Pasangan kekasih positif dadah ditahan selepas bergaduh

Pasangan kekasih positif dadah ditahan selepas bergaduh

90 ketua cawangan Kangar tinggalkan Bersatu

90 ketua cawangan Kangar tinggalkan Bersatu

Chelsea pamer karakter pemusnah, kalahkan Leeds 6-3

Chelsea pamer karakter pemusnah, kalahkan Leeds 6-3