Pemilihan U Mobile rangkaian 5G kedua, jangan buat fitnah liar terhadap Agong

PUTRAJAYA – Orang ramai, khususnya pembangkang digesa tidak membuat tuduhan liar terhadap Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dalam pemilihan U Mobile Sdn Bhd (U Mobile) untuk membangunkan rangkaian 5G kedua negara.

Pengerusi U Mobile, Tan Sri Vincent Tan berkata, Sultan Ibrahim telah menjadi pemegang saham dalam U Mobile sejak 2015 iaitu sembilan tahun sebelum Seri Paduka Baginda dilantik sebagai Agong.

“Kami menggalakkan perbincangan awam terbuka, tetapi kami meminta agar sebarang komen mengenai Agong kita dibuat dengan bertanggungjawab dan berdasarkan fakta bukannya tuduhan liar mahupun dakwaan yang tidak berasas.

“U Mobile telah dan akan sentiasa terbuka untuk berhubung dengan masyarakat awam secara telus dan membina. Ini kerana kejayaan syarikat kami adalah ekoran daripada sokongan masyarakat,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Dalam pada itu, taikun perniagaan itu turut membidas tindakan kerajaan Perikatan Nasional (PN)  di bawah pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum ini yang mendesak Malaysia melaksanakan rangkaian 5G tunggal.

Tan menegaskan, pengendali rangkaian mudah alih sebelum ini bersedia melancarkan 5G dengan perbelanjaan sendiri, tetapi kerajaan PN ketika itu bertegas mewujudkan rangkaian tunggal, dilaksanakan dan dimonopoli oleh Digital Nasional Bhd (DNB) dengan menggunakan wang pembayar cukai.

“Walaupun syarikat telekomunikasi pada awalnya mencadangkan untuk membiayai pembangunan 5G secara persendirian, namun kerajaan PN yang diterajui Muhyiddin sebelum ini memilih model monopoli yang dibiayai oleh dana awam seterusnya meletakkan RM16.5 bilion dalam risiko.

“Daripada jumlah itu, RM4 bilion telah dibelanjakan sehingga kini dan RM12.5 bilion lagi dirancang melalui pelbagai kontrak oleh DNB dalam tempoh 10 tahun.

Model rangkaian tunggal bersifat monopoli yang dipilih oleh pentadbiran Muhyiddin bertentangan dengan amalan terbaik global.

“Model rangkaian borong tunggal sedemikian telah gagal di negara lain. Walaupun sumber terbazir jika semua syarikat telekomunikasi utama melabur dalam rangkaian 5G berasingan, ia juga terlalu berisiko jika Malaysia hanya mempunyai satu rangkaian 5G untuk seluruh negara,” katanya.

Sehubungan itu, Tan menegaskan, syarikatnya berpegang kepada komitmen untuk menyediakan perkhidmatan yang berpatutan dan inovatif selain memecahkan monopoli penyediaan akses 5G oleh pengendali rangkaian tunggal, dikuasai oleh DNB.

“Persaingan antara dua rangkaian akan memastikan keterjangkauan, kesalinghubungan dan ketahanan dalam landskap digital Malaysia. Selain itu, U Mobile akan sepenuhnya membiayai rangkaian kedua ini tanpa wang pembayar cukai,” katanya.

Sementara itu, bagi menjawab kebimbangan pemilikan asing dalam syarikat tersebut, pengasas Berjaya Corporation Bhd (BCorp) itu memaklumkan, U Mobile dipimpin oleh pemilikan Malaysia dan aktif melabur dalam ekonomi digital tempatan.

“Pemilikan asing adalah perkara biasa dalam kalangan syarikat telekomunikasi di seluruh dunia. Hari ini pemilikan asing dalam U Mobile hanyalah 20 peratus, jauh lebih rendah berbanding pesaing seperti CelcomDigi yang mempunyai kira-kira 33 peratus pemilikan asing.

“U Mobile beroperasi dengan rekod pencapaian yang signifikan dengan pendapatan sebanyak RM3.5 bilion pada tahun 2023, keuntungan bersih RM102 juta dan jumlah aset bernilai RM6.2 bilion.

“Dengan pelaburan lebih RM5 bilion dari sektor swasta, kami telah membina lebih daripada 10,000 tapak rangkaian, menawarkan perkhidmatan kompetitif yang 20 hingga 25 peratus lebih murah daripada pesaing, sambil membiayai pertumbuhan kami sendiri,” katanya.

Terdahulu, Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dilaporkan berkata, U Mobile dipilih sebagai penyedia rangkaian 5G kedua Malaysia melalui proses tender terbuka dan bukan melalui penganugerahan terus atau ‘direct award’.

Menurut beliau, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menjalankan penilaian yang sesuai terhadap syarikat telekomunikasi tersebut.

Related Posts

Kerajaan teliti kepentingan menyeluruh sebelum lulus aktiviti hasil negeri

CEBU – Kerajaan menegaskan setiap cadangan untuk meningkatkan hasil negeri perlu dinilai secara berhati-hati dengan mengambil kira kesan terhadap ekonomi, alam sekitar dan kesejahteraan rakyat. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Viral Lab MADANI dedah pelajar hasil kandungan kreatif berkualiti

KOTA KINABALU – Program Viral Lab MADANI menjadi platform pendedahan kepada pelajar Kolej Vokasional dalam menghasilkan kandungan video kreatif dan berimpak selaras era digital. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kerajaan Pahang sokong titah Tengku Hassanal isu eksport pasir sungai

Kerajaan Pahang sokong titah Tengku Hassanal isu eksport pasir sungai

Laluan bas terus Miri ke BWN sedang diusahakan – MP Miri

Laluan bas terus Miri ke BWN sedang diusahakan – MP Miri

KCF 2026: Lebih 1,000 peserta banjiri pekan Kanowit meriahkan perarakan Niti Daun

KCF 2026: Lebih 1,000 peserta banjiri pekan Kanowit meriahkan perarakan Niti Daun

KSN umum enam perubahan, lantikan baharu pengurusan kanan perkhidmatan awam

KSN umum enam perubahan, lantikan baharu pengurusan kanan perkhidmatan awam

Kerajaan teliti kepentingan menyeluruh sebelum lulus aktiviti hasil negeri

Kerajaan teliti kepentingan menyeluruh sebelum lulus aktiviti hasil negeri

Viral Lab MADANI dedah pelajar hasil kandungan kreatif berkualiti

Viral Lab MADANI dedah pelajar hasil kandungan kreatif berkualiti