
KUCHING – Komuniti MADANI bukan sekadar menjadi penyampai maklumat tetapi berperanan menjadi ejen perpaduan masyarakat majmuk.
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata komuniti MADANI dapat memberi pendedahan mengenai kepelbagaian masyarakat selain berfungsi menaikkan semangat kenegaraan dalam kalangan rakyat.
“Kita mahu mempertingkatkan program kenegeraan melalui Komuniti MADANI yang berperanan membentuk masyarakat berbilang kaum saling menghormati selain mengeratkan lagi hubungan,” ujar Fahmi kepada pemberita pada Program Pemukiman Komuniti MADANI di Kuching pada Ahad.
Selain itu, Fahmi menjelaskan terdapat 246 Komuniti MADANI akan menerima peruntukan RM10,000.
“Kami juga akan berbincang dengan Kementerian Perpaduan untuk melaksanakan usaha silang kementerian bagi mengukuhkan semangat perpaduan masyarakat selain memastikan dasar kerajaan dapat disampai kepada rakyat lebih berkesan,” kata Fahmi lagi.




