Statistik penglibatan penjawat awam dalam rasuah membimbangkan

KENINGAU – Statistik penglibatan penjawat awam dalam isu rasuah masih membimbangkan yang kini mencapai 43.4 peratus atau 545 pegawai kerajaan setakat Oktober bagi tahun 2024.

Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki berkata, sebanyak sembilan tangkapan melibatkan pengurusan tertinggi manakala 181 golongan profesional dan bagi pelaksana seramai 357 orang.

“Kalau berdasarkan peratusan 40 yang hampir ke 50 peratus itu, pada saya ini masih lagi tinggi bagi yang melibatkan penjawat awam, selebihnya peratusan lain yang melibatkan orang awam adalah seramai 712 bersamaan 56.6 peratus.

“Sewajarnya kalau kita nak mengatakan rasuah telah berkurangan dalam kalangan penjawat awam, sepatutnya bawah daripada 40 peratus dan masih atau makin menurun mengikut tahun.

“Tetapi nampaknya isu rasuah dalam negara kita ini melibatkan jabatan kerajaan masih lagi perlu kita tangani dengan lebih teliti, jelas dan lebih efektif,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan Pejabat SPRM Negeri Sabah Cawangan Keningau, di sini, pada Sabtu.

Sehubungan itu, beliau berkata penjawat awam mengambil iktibar dalam isu ini dan memainkan peranan dengan melaksanakan tanggungjawab mereka dengan sebaiknya.

“Kerana penjawat awam seperti yang semua tahu adalah mereka yang dipertanggungjawabkan untuk menguruskan dana kerajaan atau duit rakyat dan kita kini ke arah untuk memastikan supaya dana-dana ini tidak diselewengkan.

“Kita perlu mengekalkan integriti kita sebagai penjawat awam seperti mana yang kita lafazkan pada setiap minggu dalam Ikrar Perkhidmatan Awam.

“Kita telah berjanji kepada kerajaan dan masyarakat semasa kita mula-mula memasuki perkhidmatan awam dan janji kita kepada diri kita juga kepada agama masing-masing perlu dikekalkan integriti dan meningkatkan sistem penyampaian untuk rakyat.

“Sempena dengan pengumuman kenaikkan gaji dan sebagainya saya harap itu boleh menyuntik semangat penjawat awam untuk bekerja lebih keras lagi bagi tujuan meningkatkan perkhidmatan kita kepada masyarakat,” ujarnya.

Tambahnya, SPRM juga tidak terkecuali dan perlu melihat kepada diri sendiri tentang bagaimana membolehkan SPRM menyelesaikan banyak isu-isu rasuah dan salah guna kuasa yang dibangkitkan oleh masyarakat dalam negara ini.

Dalam pada itu, mengulas mengenai program tersebut, katanya pembukaan cawangan pejabat SPRM yang baharu di daerah Keningau adalah bagi meluaskan penyampaian perkhidmatan kepada masyarakat setempat dan lebih-lebih lagi pembangunan di daerah itu yang pesat dan membangun.

Jelas beliau, pendekatan yang difokuskan SPRM pada masa kini lebih bersesuaian bagi menangani isu berkaitan rasuah dalam negara.

“SPRM harus proaktif dalam tindakan, kita harus berubah fokus disebabkan itu kami kini memfokuskan dalam menjalankan penyiasatan, mencegah dan mendidik masyarakat juga adalah strategi kami untuk mengurangkan dan menghapuskan ketirisan kerana ini melibatkan duit rakyat dan walaupun ada yang suka dan tidak suka tetapi kami perlu melakukan tugas ini dengan adil dan saksama,” katanya.

Sehubungan itu, Azam menyeru kepada semua pihak datang ke cawangan berkenaan untuk berbincang dan memaklumkan sebarang perkara yang berkaitan isu rasuah termasuk salah guna kuasa atau isu tata kelola yang berlaku di kawasan tersebut.

Related Posts

Pengesahan umur akaun media sosial lindungi keselamatan anak muda – PPIM

PUTRAJAYA – Langkah pelaksanaan syarat pengesahan umur bagi pembukaan akaun media sosial disifatkan langkah penting dalam memperkukuh keselamatan pengguna digital, khususnya golongan muda. Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) memaklumkan, tindakan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Acuan Imigresen dalam dedahkan kesalahan pegawai perlu dicontohi agensi kerajaan

PUTRAJAYA – Semua jabatan dan agensi kerajaan disarankan mencontohi acuan serta langkah Jabatan Imigresen (Imigresen) yang mendedahkan secara terbuka tindakan pemecatan terhadap 77 pegawainya sejak 2022. Ahli Institut Integriti Malaysia,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pengesahan umur akaun media sosial lindungi keselamatan anak muda – PPIM

Pengesahan umur akaun media sosial lindungi keselamatan anak muda – PPIM

Acuan Imigresen dalam dedahkan kesalahan pegawai perlu dicontohi agensi kerajaan

Acuan Imigresen dalam dedahkan kesalahan pegawai perlu dicontohi agensi kerajaan

Sambutan Hari Gawai cerminkan perpaduan rakyat Sarawak

Sambutan Hari Gawai cerminkan perpaduan rakyat Sarawak

Penunggang motosikal maut selepas terbabas masuk gaung

Penunggang motosikal maut selepas terbabas masuk gaung

PRN Johor tidak gugat Kerajaan Perpaduan, rakyat perlu terima realiti politik baharu

PRN Johor tidak gugat Kerajaan Perpaduan, rakyat perlu terima realiti politik baharu

Pemimpin PH Negeri Sembilan adakan pertemuan, dipercayai bagi bincang pembubaran DUN

Pemimpin PH Negeri Sembilan adakan pertemuan, dipercayai bagi bincang pembubaran DUN