Anwar zahir ucapan terima kasih layanan baik Presiden, pimpinan tertinggi China

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mewakili delegasi Malaysia menzahirkan penghargaan kepada Presiden China, Xi Jinping dan seluruh pimpinan tertinggi China atas layanan baik sepanjang lawatan kerjanya di negara itu.

Anwat turut menyatakan ucapan terima kasih atas sokongan Presiden Xi terhadap penyertaan Malaysia dalam BRICS, blok ekonomi baharu yang terdiri daripada Brazil, Rusia, India, China, dan Afrika Selatan. sewaktu di Kazan tempoh hari.

“Menyentuh hubungan dua hala kedua-dua negara yang mencecah usia 50 tahun, saya nyatakan Malaysia bersedia untuk memperkukuh persahabatan dan kerjasama dalam perniagaan, ekonomi dan pelaburan terutama dalam teknologi digital, tenaga dan pendidikan.

“Saya juga menyatakan penghormatan atas ucapan berbisa Presiden Xi di persidangan BRICS terkait perkongsian masa depan. Komitmen Presiden Xi cukup mengesankan dalam kalangan negara Global South.

“Saya menghargai semangat beliau untuk mengangkat martabat rakyat terpinggir dan menjulang nilai kemanusiaan,” katanya menerusi catatan di Facebook pada Jumaat.

Sementara itu, Anwar juga berkata, menjelang kepengerusian Malaysia dalam Asean, beliau bersedia untuk memperkukuhkan hubungan serantau menerusi Sidang Kemuncak Asean dan Sidang Kemuncak Asean-Majlis Kerjasama Teluk (GCC) Campur China pada tahun hadapan.

“Saya langsung menjemput Presiden Xi untuk menghadiri persidangan di Malaysia tahun depan,” katanya.

Katanya, setelah selesai kunjungan hormat itu, beliau dan delegasi Malaysia diberi penghormatan untuk menghadiri makan malam bersama Presiden Xi dan delegasi China, sebelum pulang ke tanah air.

“Alhamdulillah, lawatan kerja kali ini cukap bermakna dan memberi kesan mendalam terhadap persahabatan erat Malaysia-China, serta hubungan peribadi saya dengan Presiden Xi dan Premier Li.

“Hasil kunjungan ini, sama ada membabitkan hubungan dua hala mahupun pelaburan dan perniagaan akan melimpahkan manfaat dan kemakmuran buat rakyat dan negara, Insya-Allah,” katanya.

Perdana Menteri dalam rangka lawatan kerja selama empat hari ke China, yang bermula pada 4 November hingga 7 November.

Ini adalah lawatan rasmi ketiga Anwar ke China sebagai Perdana Menteri selepas yang pertama pada Mac 2023 dan lawatan susulan pada September.

Related Posts

Pengundian awal PRN Johor catat 94.49 peratus keluar mengundi – SPR

JOHOR BAHRU – Seramai 19,471 pengundi awal atau 94.49 peratus daripada keseluruhan pengundi awal bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16 telah menunaikan tanggungjawab mengundi hari ini. Setiausaha Suruhanjaya Pilihan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
18 kertas siasatan kesalahan pilihan raya dibuka di Johor

JOHOR BAHRU – Sebanyak 18 kertas siasatan berkaitan kesalahan pilihan raya dibuka Polis Johor hasil daripada 56 laporan polis yang diterima sepanjang tempoh berkempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pengundian awal PRN Johor catat 94.49 peratus keluar mengundi – SPR

Pengundian awal PRN Johor catat 94.49 peratus keluar mengundi – SPR

18 kertas siasatan kesalahan pilihan raya dibuka di Johor

18 kertas siasatan kesalahan pilihan raya dibuka di Johor

Perak negeri pertama lancar Kiosk Kesihatan Pintar SIHAT AI

Perak negeri pertama lancar Kiosk Kesihatan Pintar SIHAT AI

Tiga sekeluarga ditahan SPRM, tipu pembelian padi RM20 juta

Tiga sekeluarga ditahan SPRM, tipu pembelian padi RM20 juta

Kerajaan salur RM450 juta biaya baik pulih kediaman petugas FELDA

Kerajaan salur RM450 juta biaya baik pulih kediaman petugas FELDA

Asnaf sekitar Jengka terima Bakti Negeri Pahang

Asnaf sekitar Jengka terima Bakti Negeri Pahang