Bacaan qunut nazilah tidak harus melencong daripada tujuan asal

KUALA LUMPUR – Bacaan qunut nazilah tidak seharusnya melencong daripada tujuan asalnya, menurut Pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Dr Abu Hafiz Salleh Hudin.

Beliau berkata, para ulama membincangkan bahawa qunut nazilah dibacakan ke atas musuh Islam dalam keadaan bencana atau perang seperti yang berlaku di Gaza.

“Ketika doa qunut nazilah dibaca di Parlimen selepas penggantungan Ahli Parlimen Machang, siapakah ditujukan doa itu? Adakah ingin ditujukan sesama Muslim.

“Muslim lain musuh Islam? Maka persoalan ini yang membawa kebimbangan,” katanya ketika dihubungi media hari ini.

Semalam, dilaporkan Ahli Parlimen pembangkang membuat bacaan qunut nazilah dipimpin Ahli Parlimen Jasin Zulkilfli Ismail selepas Ahli Parlimen Machang Wan Ahmad Fayshal Wan Ahmad Kamal digantung daripada menghadiri sidang Dewan Rakyat selama enam bulan.

Abu Hafiz yang merupakan Pensyarah Kanan Jabatan Pengajian Qur’an dan Sunnah, Kuliyyah Ilmu Wahyu dan Sains Kemanusiaan UIAM berkata, perbuatan Ahli Parlimen pembangkang itu perlu dipandang serius mengambil kira kesannya kepada masyarakat.

Bekas Mufti Pahang, Datuk Seri Abdul Rahman Osman berkata, semua pihak sepatutnya merujuk kepada ulama bagi mendapatkan pandangan mengenai penggunaan qunut nazilah supaya ia tidak melencong daripada tujuan sebenar.

Beliau berkata, qunut nazilah digunakan ketika adanya peperangan seperti pada zaman Rasulullah SAW bagi menentang kaum kafir yang ingin menghancurkan Islam ketika itu.

“Apa yang dilakukan (di Parlimen) tidak mengikut sunnah, kalau ikut sunnah barulah dapat ganjaran (pahala),” katanya.

Pengarah Jabatan Pemahaman dan Pemantapan Agama PKR Amidi Abdul Manan dalam kenyataan berkata, menyamakan persaingan politik antara parti dengan perseteruan Rasulullah SAW dan umat Islam dengan musyrikin Makkah adalah ketaksuban sempit kepartian.

“Agama Islam seharusnya menjadi landasan dalam berpolitik bukan sahaja dari sudut akidah dan syariah tetapi juga ahlak mahmudah (mulia) yang perlu diamalkan,” katanya.

Related Posts

Lima mangsa nahas helikopter ditemukan dalam bangkai pesawat

MIRI – Kesemua lima individu yang menaiki helikopter berdaftar 9M-LLF ditemukan maut di dalam bangkai pesawat yang terhempas dan terbakar di hujung landasan Lapangan Terbang Long Lellang pada petang Selasa.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PDRM tahan lima individu termasuk bekas pengerusi TH
  • AdenAden
  • September 9, 2026

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan lima individu semalam bagi membantu siasatan berkaitan kes melibatkan Tabung Haji (TH) termasuk bekas pengerusinya. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Datuk Rusdi…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Hutang Terengganu turun, tetapi siapa yang membayarnya?

Hutang Terengganu turun, tetapi siapa yang membayarnya?

PH cakap rasuah, UMNO jawab soal Raja – AMK

PH cakap rasuah, UMNO jawab soal Raja – AMK

NRES jamin aspek adaptasi tidak diketepikan dalam RUU Perubahan Iklim Negara

NRES jamin aspek adaptasi tidak diketepikan dalam RUU Perubahan Iklim Negara

Pasangan kekasih positif dadah ditahan selepas bergaduh

Pasangan kekasih positif dadah ditahan selepas bergaduh

90 ketua cawangan Kangar tinggalkan Bersatu

90 ketua cawangan Kangar tinggalkan Bersatu

Chelsea pamer karakter pemusnah, kalahkan Leeds 6-3

Chelsea pamer karakter pemusnah, kalahkan Leeds 6-3