Dua bangunan diraja Johor dibuka kepada orang ramai

JOHOR BAHRU – Johor bakal menerima satu lagi tarikan baharu terunggul sejajar dengan kepesatan ekonomi yang menjangkakan limpahan kumpulan pelabur dan pengunjung untuk datang ke negeri ini.

Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail Sultan Ibrahim berkata, bagi meningkatkan nilai tarikan baharu itu, baginda telah memutuskan agar dua buah bangunan diraja iaitu Istana Besar Johor dan Bangunan Sultan Ibrahim dibuka kepada umum selepas ini.

Titah baginda, pembukaan bangunan bersejarah ini bakal menjadi salah satu ikon pelancongan dan mampu memberikan lebih banyak pendedahan kepada pengunjung mengenai keunikan negeri Johor.

“Untuk makluman semua, dalam masa terdekat Istana Besar Johor dan Bangunan Sultan Ibrahim di Bukit Timbalan akan dinaik taraf sebelum dibuka kepada umum sebagai usaha menambah nilai pelancongan di Johor Bahru.

“Kedua-dua Bangunan Sultan Ibrahim dan Istana Besar Johor mempunyai pelbagai sejarah Johor sejak abad ke-19,” katanya dalam hantaran di Facebook rasmi baginda hari ini.

Titah Tunku Ismail, pengumuman kerajaan menjadikan Johor sebagai negeri pertama menawarkan gaji premium serendah RM4,000 diyakini mampu menarik lebih ramai lagi masyarakat luar sekaligus meningkatkan mutu pelbagai aspek buat negeri ini.

“Selain itu, Kerajaan Negeri Johor menerusi Johor Plantations Group Berhad (JPG) berjaya memeterai kerjasama dengan syarikat Jepun, Fuji Oil Asia Pte Ltd untuk membina kilang penapisan minyak sawit serta lemak khusus di negeri ini. Kerjasama ini membabitkan nilai pembangunan awal berjumlah RM500 juta.

“Kerajaan Negeri Johor turut bertemu dengan 83 syarikat terkemuka di Korea Selatan untuk mempromosikan inisiatif penubuhan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) dan bakal membawa pelaburan strategik bernilai kira-kira AS$190 juta ke negeri ini.

“Projek-projek baharu ini dijangka akan mencipta lebih banyak peluang pekerjaan untuk Bangsa Johor dalam beberapa tahun yang akan datang,” titahnya.

Related Posts

Program bersemuka JaPen Sabah fokus internet selamat, buli

Fatin TAWAU – Jabatan Penerangan Malaysia (JaPen) Sabah terus memperhebat inisiatif bersemuka di instituti pendidikan dengan dengan penyampaian mesej berkenaan internet selamat dan buli. Pengarahnya, Jainisah Mohd Noor berkata, usaha…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Analisis tidak adil beri imej kurang tepat pencapaian sebenar kerajaan Pahang

KUANTAN – Pemuda UMNO Pahang menyelar tindakan segelintir pihak yang cuba menggugat kestabilan negeri ini dengan menyebarkan naratif negatif dan menggunakan medium fitnah demi kepentingan politik sempit. Ketuanya, Mohd Kamil…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Program bersemuka JaPen Sabah fokus internet selamat, buli

Program bersemuka JaPen Sabah fokus internet selamat, buli

Analisis tidak adil beri imej kurang tepat pencapaian sebenar kerajaan Pahang

Analisis tidak adil beri imej kurang tepat pencapaian sebenar kerajaan Pahang

Pahang sambut baik keputusan teruskan SUKMA 2026 Selangor

Pahang sambut baik keputusan teruskan SUKMA 2026 Selangor

BN Negeri Sembilan komited kekal bersama Kerajaan Perpaduan

BN Negeri Sembilan komited kekal bersama Kerajaan Perpaduan

Kerajaan komited cari penyelesaian terbaik isu 40 peratus hasil Sabah

Kerajaan komited cari penyelesaian terbaik isu 40 peratus hasil Sabah

Malaysia gesa tindakan segera lindungi aktivis GSF, termasuk 10 rakyat negara ini

Malaysia gesa tindakan segera lindungi aktivis GSF, termasuk 10 rakyat negara ini