
PERMOHONAN Fasa Satu Sumbangan Tunai Rahmah (STR) bagi tahun 2025 telah dibuka dan akan ditutup pada 30 November 2024. Namun begitu, masih ada yang belum tahu bagaimana cara untuk mendapatkan sumbangan tersebut, jadi di sini kami lampirkan cara-cara untuk memohon STR.
Apakah itu STR 2025?
Sumbangan Tunai Rahmah (STR 2025) adalah satu bentuk bantuan kewangan yang diperkenalkan oleh kerajaan Malaysia sebagai sebahagian dariapda inisiatif Bantuan Rahmah, bertujuan untuk membantu golongan yang memerlukan, terutamanya keluarga berpendapat rendah (B40) dan sederhana rendah (M40), dalam mengurangkan kos sara hidup.
STR adalah kesinambungan daripada program bantuan tunai sebelumnya seperti Bantuan Prihatin Rakyat (BRP) dan Bantuan Sara Hidup (BSH).
Tujuan utamanya adalah untuk meringankan beban kewangan rakyat Malaysia yang terrkesan akibat inflasi, pandemik, dan cabaran ekonomi semasa.
Untuk tahun 2025 kerajaan akan memberi peningkatan tertinggi bagi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) iaitu kepada RM13 bilion ketimbang RM10 bilion. Peningkatan ini terus memberi manfaat kepada 9 juta penerima atau bersamaan 60 peratus penduduk dewasa negara.
Kadar Bayaran STR 2025 Bagi Setiap Kategori
Bagi tahun 2025 nanti, kerajaan akan memberi peningkatan tertinggi bagi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA). Peningkatan ini terus memberi manfaat kepada 9 juta penerima atau bersamaan 60 peratus penduduk dewasa negara.
Penambahan peruntukan ini membolehkan kadar maksimum yang diterima isi rumah meningkat kepada RM4,600 berbanding RM3,700.
Kadar baharu bagi kategori bujang juga meningkat kepada RM600.
Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) akan dikreditkan ke MYKAD penerima bermula April 2025.
Berikut adalah kadar bayaran bagi setiap kategori yang diumumkan melalui Soalan Lazim STR 2025 :


Cara Semakan Status STR 2025
Semakan status permohonan STR boleh dibuat melalui beberapa cara berikut:
- Portal Rasmi Sumbangan Tunai Rahmah, https://bantuantunai.hasil.gov.my dengan memilih menu Log Masuk MySTR>Semakan Status; atau
- Hubungi Hotline BKK : 1-800-88-2747 (waktu operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang); atau
- Hubungi MOF: 03-8882 4565 / 4566 (waktu operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang); atau
- Hadir ke Pejabat LHDNM yang berhampiran
Semakan status STR 2025 secara online boleh dibuat melalui pautan berikut, https://bantuantunai.hasil.gov.my/ berikut dikongsikan cara-cara semakan:
- Klik log masuk MySTR
- Masukkan nombor Mykad pemohon
- Pengesahan kata kunci keselamatan
- Maklumat yang akan dipaparkan :
– Nama pemohon
– No Mykad pemohon
– Status permohonan
– Maklumat pembayaran (jika layak) - Klik menu Semakan Pembayaran
- Masukkan kata laluan
Cara Permohonan STR 2025
Pemohon yang perlu membuat Permohonan Baharu STR 2025 adalah seperti berikut:
- Pemohon yang tiada rekod dalam sistem STR 2024; serta
- Berpendapatan isi rumah RM5,000 dan ke bawah; atau
- Berpendapatan RM2,500 dan ke bawah untuk individu bujang / tiada pasangan / tiada anak yang menepati syarat kelayakan.
- Anda boleh membuat permohonan Sumbangan Tunai Rahmah 2025 melalui dua kaedah iaitu:
- Secara dalam talian di Portal STR 2025 https://bantuantunai.hasil.gov.my
- Secara pengemukaan borang ke pejabat HASiL berdekatan. Anda boleh rujuk Jadual Perkhidmatan Kaunter BKK HASIL.
Tarikh Akhir Permohonan
Permohonan Fasa 1 STR 2025 akan ditutup pada 30 November 2024. Walau bagaimanapun, permohonan bagi fasa seterusnya masih dibuka sepanjang tahun.
Kemaskini Maklumat
- Anda boleh menambah maklumat akaun bank pemohon atau pasangan sekiranya tiada maklumat akaun bank pemohon atau pasangan pada borang permohonan STR 2025.
- Pengemaskinian maklumat akaun bank juga dibenarkan sekiranya bayaran STR fasa terkini bukan melalui kaedah pengkreditan ke akaun bank pemohon / pasangan tersebut.
Siapa Perlu Kemas Kini Maklumat?
Sekiranya permohonan anda wujud di portal STR, anda:
- perlu mengemas kini permohonan sekiranya mempunyai perubahan maklumat;
- perlu mengemas kini permohonan sekiranya tidak pernah dikemas kini dalam tempoh 3 tahun berturut-turut sepanjang pelaksanaan BKM 2022, STR 2023 dan 2024 untuk elakkan permohonan tidak dipertimbangkan;
- tidak perlu kemas kini permohonan sekiranya tiada sebarang perubahan maklumat;
- tidak perlu kemas kini permohonan bagi pemohon kategori Warga Emas dan Pedalaman sekiranya tiada perubahan maklumat.
- Walau bagaimanapun sekiranya semakan permohonan anda tidak wujud di Portal STR, anda perlu membuat permohonan baharu.
Kaedah Pembayaran STR
Penerima bantuan STR boleh mendapatkan bayaran tersebut melalui dua cara iaitu:
- Walk In ke Cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) : Bagi yang tidak memiliki akaun bank, bayaran boleh dituntut di cawangan BSN.
- Pengkreditan ke Akaun Bank : Wang bantuan akan dimasukkan terus ke dalam akaun penerima atau pasangan.
Maklumat Lanjut STR 2025
Maklumat lanjut mengenai STR 2025 akan dikemas kini dari semasa ke semasa. Sila layari saluran berikut untuk mengetahui info terkini:
- Facebook rasmi Kementerian Kewangan Malaysia (MOF)
- Perincian Belanjawan 2025
- Laman web rasmi STR : https://bantuantunai.hasil.gov.my/








