PKR terus perkukuh kerjasama dengan UMNO, Barisan Nasional

IPOH – Parti Keadilan Rakyat (PKR) sebulat suara memutuskan untuk terus memperkukuhkan hubungan kerjasama antara UMNO dan Barisan Nasional (BN) yang kini bersatu di bawah bumbung kepimpinan Kerajaan Madani.

Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perkara itu dipersetujui dan telah diputuskan dalam mesyuarat Biro Politik dan Majlis Pimpinan parti yang diadakan pada Sabtu.

“Semalam dalam mesyuarat Biro Politik dan Majlis Pimpinan, antara yang dibincangkan adalah hala tuju parti.

“Keputusan kita untuk memperkukuhkan hubungan dengan UMNO, BN di Semenanjung perlu diteruskan, malah harus lebih akrab lagi,” katanya ketika berucap pada Konvensyen Keadilan Negeri Perak di Hotel Kinta Riverfront, di sini pada Ahad.

Hadir sama, Menteri Besar Perak yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) Perak; Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Perak, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof.

Pada masa sama, Anwar turut menyentuh dan memaklumkan tidak menolak kemungkinan untuk menyegerakan pemilihan parti dengan melalui proses yang lebih sistematik dan teliti.

“Kita melihat untuk menyegerakan pemilihan parti. Namun kali ini melalui proses yang lebih teratur serta teliti.

“Tidak lagi cara seperti lalu, yang hiruk-pikuk dan kacau-bilau. Saya juga tidak setuju untuk menangguhkan kerana pilihan raya masih lambat lagi,”ujarnya.

Tambah beliau, urusan dalaman parti perlu melihat keperluan membina generasi dan memberi peluang kepada anak-anak muda.

“Bila ada pemilihan, Presiden pun boleh dicabar, tapi itulah namanya musyawarah bagi ruang kepada anggota memberikan pandangan mereka,” jelasnya.

“Jadi lebih baik kita urus parti supaya parti itu memberi ruang kepada tenaga baru boleh berganding dengan tenaga lama yang lebih senior,” ujarnya.

Beliau berkata, perkara itu akan dihuraikan Setiausaha Agung PKR yang baharu, Fuziah Salleh dalam perjumpaan dengan Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Khas Hak Asasi Manusia, Pilihan Raya Dan Reformasi Institusi Parlimen Malaysia, William Leong Jee Keen.

Related Posts

Kebun buah, rumah stor jadi lokasi simpan senjata RM360,000

KANGAR – Kebun buah-buahan, rumah kediaman dan stor dijadikan lokasi menyimpan senjata api serta peluru milik satu sindiket yang dipercayai aktif di utara Semenanjung sejak 2019. Ketua Polis Perlis, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

BN pertaruh manifesto berteraskan sembilan fokus utama

BN pertaruh manifesto berteraskan sembilan fokus utama

Kerjasama BN-PN ibarat Titanic, tunggu masa karam – Hannah Yeoh

Kerjasama BN-PN ibarat Titanic, tunggu masa karam – Hannah Yeoh

45 asnaf sekitar Mukah terima sumbangan Saberkas Prihatin

45 asnaf sekitar Mukah terima sumbangan Saberkas Prihatin

Tender semula BELB RM30 juta, jamin bekalan elektrik stabil – Andi Suryady

Tender semula BELB RM30 juta, jamin bekalan elektrik stabil – Andi Suryady

Kebun buah, rumah stor jadi lokasi simpan senjata RM360,000

Kebun buah, rumah stor jadi lokasi simpan senjata RM360,000

Klopp rasmi pengendali baharu Jerman

Klopp rasmi pengendali baharu Jerman