Maulidur Rasul Peringkat Parlimen Sepanggar disambut meriah

Oleh: Benzema

KOTA KINABALU – Sebanyak tujuh kontinjen dengan penyertaan 450 peserta memeriahkan sambutan Program Semarak Maulidur Rasul 1446H/2024 Peringkat Parlimen Sepanggar buat julung kalinya.

Seawal 8 pagi, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Ts. Mustapha Sakmud mengetuai perarakan yang disertai oleh pelbagai lapisan umur dari golongan kanak- kanak, belia, golongan dewasa sehinggalah warga emas.

Mustapha yang juga Ahli Parlimen Sepanggar berkata, antara objektifnya adalah mahu menyemarakkan syiar Islam di Sepanggar ini.

“Di samping memastikan agar generasi muda mendapat manfaat dari sirah nabi dan penjuangan Nabi Muhammad SAW untuk mereka terapkan dalam kehidupan seharian.

”Program Semarak Maulidur Rasul ini akan diteruskan di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) lain dalam Parlimen Sepanggar sebagai acara tahunan dan secara bergilir bagi manfaat kepada penduduk Islam,” katanya ketika ditemui media di sini pada Ahad.

Perarakan tersebut turut dihadiri oleh Pengarah Parlimen Sepanggar, Ahsim Jamat; Ahli Jawatankuasa Tertinggi Perkis Sabah, Awangku Yussof Pengiran Bujang; Naib Pengerusi Perkis Kota Kinabalu, Anne Sidik; Pengerusi Masjid Al-Munir Kampung Darau Manggatal, Ajit Ismail dan Pegawai UPPM N18 Inanam Rositah Ganggang.

Majlis diakhiri dengan penyampaian hadiah dari pelbagai kategori kepada kontinjen yang terlibat.

Masjid Jamek Kampung Likas membawa pulang gelaran Johan Kontinjen Sepanduk beserta wang tunai RM2,500 dan Kontinjen Terbaik manakala Kontinjen Teramai dimenangi oleh Majlis Al-Munir Kampung Darau seramai 164 peserta.

Program tersebut merupakan anjuran Pertubuhan Kebajikan Islam Sabah (Perkis) Sabah dengan kerjasama Pejabat Parlimen Sepanggar berlangsung di Masjid Al-Munir Kampung Darau, Manggatal.

Related Posts

Sebelah mata tidak melihat, impian Nurhadrieyana tetap terang

KOTA KINABALU – Ketika kanak-kanak lain seusianya bebas bermain tanpa memikirkan apa-apa, satu kejadian ketika berusia empat tahun mengubah kehidupan Nurhadrieyana Paiman.‎‎Insiden tercucuk pensil menyebabkan penglihatan mata kirinya terjejas, sekali…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Hari Malaysia medan muhasabah nasional, bina masyarakat matang

KUCHING – Hari Malaysia perlu dijadikan medan muhasabah nasional untuk menilai sejauh mana negara berjaya membina masyarakat yang matang, berwibawa dan berjiwa besar dalam mendepani cabaran semasa. Yang di-Pertua Negeri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sebelah mata tidak melihat, impian Nurhadrieyana tetap terang

Sebelah mata tidak melihat, impian Nurhadrieyana tetap terang

Bil elektrik naik? TNB jelaskan mekanisme AFA dan faktor penggunaan

Bil elektrik naik? TNB jelaskan mekanisme AFA dan faktor penggunaan

Hari Malaysia medan muhasabah nasional, bina masyarakat matang

Hari Malaysia medan muhasabah nasional, bina masyarakat matang

Jika benar-benar kuat, UMNO perlu bertanding solo di Melaka – Tajuddin

Jika benar-benar kuat, UMNO perlu bertanding solo di Melaka – Tajuddin

Malaysia-Maldives perluas kerjasama pertahanan, hal ehwal Islam – PM

Malaysia-Maldives perluas kerjasama pertahanan, hal ehwal Islam – PM

Malaysia beri lampu hijau prinsip kemudahan AS$100 juta untuk Maldives – PM

Malaysia beri lampu hijau prinsip kemudahan AS$100 juta untuk Maldives – PM