Cikgu Din ditempatkan sementara sekolah di Kelantan

KEMENTERIAN Pendidikan (KPM) telah meluluskan arahan penempatan sementara bagi membolehkan Izzuddin Izhar atau Cikgu Din untuk berada bersama-sama isterinya yang sedang bertarung kanser tahap empat.

Menterinya, Fadhlina Sidek berkata, hasil pertemuan antara kedua-dua belah pihak, Cikgu Din akan ditempatkan di sekolah berhampiran supaya dia dapat terus melaksanakan tugasan sebagai guru dan juga dapat bersama dengan isterinya.

“Pertamanya, kita rakamkan ucapan simpati pada keadaan yang berlaku pada Cikgu Din dan urusan kebajikan dia akan kita uruskan dengan sebaik-baiknya.

“Insya-Allah kita akan bagi ruang untuk dia untuk bersama dengan isterinya melalui arahan penempatan sementara dan ia bertujuan untuk memastikan dia dapat bersama dengan isterinya dalam tempoh yang amat memerlukan ini,” katanya ketika ditanya mengenai perkembangan permohonan Cikgu Din untuk mengajar di sekolah berdekatan isterinya.

Terdahulu, beliau merasmikan Majlis Peluncuran Karnival Pendidikan Madani dan Program Kolej Vokasional Insani Masyarakat Madani di Sekolah Kebangsaan Sungai Bakap, Pulau Pinang, hari ini.

Baru-baru ini, media melaporkan kisah seorang guru di Sarawak dikenali sebagai Cikgu Din terus mendapat perhatian ramai apabila dia diuji dengan masalah kesihatan isterinya yang disahkan menghidap kanser tahap empat.

Pada awalnya, rakan Cikgu Din atau nama sebenarnya Izzuddin Izhar, Harimah Abd. Rahman tampil mendedahkan liku hidup diharungi rakannya itu apabila terpaksa berjauhan lebih 4,600 kilometer (km) dengan isteri tersayang, Nur Atiqah My Yusoff yang bergelut dengan masalah kesihatan kronik di Kota Bharu, Kelantan.

Dalam pada itu itu, Fadhlina yang juga Ahli Parlimen Nibong Tebal menepis dakwaan kononnya KPM terpaksa membuat keputusan selepas isu berkenaan tular di media sosial.

“Tak betul, saya ingat proses perbincangan telah dibuat dan juga bagaimana kita menawarkan alternatif-alternatif kepada Cikgu Din telah berlangsung sebelum itu lagi.

“Apapun, saya ingin ucapkan terima kasih kepada semua kerana perhatian dan kita lihat begitu ramai masyarakat yang empati kepada keadaan Cikgu Din.

“Jadi saya ucapkan terima kasih dan sama-sama kita doakan kesembuhan pada isteri beliau.

“Insya-Allah kita akan ambil perhatian penuh kepada semua berdasarkan pertimbangan-pertimbangan yang sedia ada,” katanya.

Related Posts

Jangan ukur pengorbanan peserta ‘human graphic’ dengan elaun

PUTRAJAYA – Beberapa hari menjelang sambutan Hari Kebangsaan ke-69, persiapan pelbagai acara semakin rancak, termasuk persembahan ‘human graphic’ yang membabitkan pelajar sekolah. Apa yang menarik perhatian, pelajar terbabit dikatakan sudah…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Bapa dukung anak, sama-sama saksikan perarakan Hari Kebangsaan 2026

PUTRAJAYA – Aksi beberapa bapa mendukung anak masing-masing bagi membolehkan mereka menyaksikan perarakan sempena sambutan Hari Kebangsaan 2026 di Dataran Putrajaya, hari ini, menarik perhatian orang ramai. Dalam kesesakan pengunjung…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Jangan ukur pengorbanan peserta ‘human graphic’ dengan elaun

Jangan ukur pengorbanan peserta ‘human graphic’ dengan elaun

Bapa dukung anak, sama-sama saksikan perarakan Hari Kebangsaan 2026

Bapa dukung anak, sama-sama saksikan perarakan Hari Kebangsaan 2026

Formasi grafik manusia tahun ini lebih mencabar

Formasi grafik manusia tahun ini lebih mencabar

Agong, Raja Permaisuri zahir Selamat Menyambut Hari Kebangsaan ke-69

Agong, Raja Permaisuri zahir Selamat Menyambut Hari Kebangsaan ke-69

Deruman jet pejuang gegarkan Putrajaya, TUDM pamer kehebatan di langit merdeka

Deruman jet pejuang gegarkan Putrajaya, TUDM pamer kehebatan di langit merdeka

Sambutan Hari Kebangsaan 2026 semarak semangat patriotisme

Sambutan Hari Kebangsaan 2026 semarak semangat patriotisme