Tanah runtuh, jalan ke Cameron Highlands tutup

POLIS menutup sepenuhnya laluan di Kilometer 43.4 Jalan Simpang Pulai-Blue Valley di Cameron Highlands bermula hari ini susulan insiden tanah runtuh.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata, penutupan jalan membabitkan semua kenderaan di kedua-dua arah bermula jam 5 petang tadi, bagi memberi laluan kepada kerja pembersihan oleh pihak Jabatan Kerja Raya (JKR).

“Penutupan penuh ini terpaksa dibuat kerana masih terdapat pergerakan tanah berlaku di kawasan lokasi yang terjejas dan laluan amat berisiko untuk dilalui semua jenis kenderaan,” katanya.

Sebagai rekod, pada 18 September 2021, media melaporkan tanah runtuh berlaku di laluan Persekutuan FT185 Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands, menyebabkan laluan itu ditutup sepenuhnya kepada semua aliran trafik.

Sementara itu, notis pemakluman berhubung penutupan jalan itu dibuat JKR Daerah Kinta dalam hantaran di Facebook rasminya.

“Laluan itu ditutup sepenuhnya bermula jam 5 petang ini hingga keadaan selamat.

“Pengguna dinasihat menggunakan laluan alternatif iaitu Jalan Tapah-Cameron Highlands,” kata kenyataan itu.

Related Posts

Johor terima lebih RM600 juta perkukuh infrastruktur hadapi risiko banjir

SEKIJANG – Kerajaan Persekutuan terus memperkukuh komitmen dalam menangani isu banjir di Johor apabila memperuntukkan sebanyak RM2.9 bilion menerusi Belanjawan 2026 bagi melaksanakan 43 projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) berkeutamaan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
UMNO Perlis mahu kemelut politik negeri dihentikan

KANGAR – Badan Perhubungan UMNO Perlis mahu sebarang kemelut dan perbalahan politik di negeri ini dihentikan bagi memastikan kestabilan pentadbiran serta agenda pembangunan rakyat tidak terjejas. Pengerusinya, Datuk Rozabil Abdul…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sinar harapan pesakit HIV: Rawatan moden kembalikan kualiti hidup, hentikan stigma   

Sinar harapan pesakit HIV: Rawatan moden kembalikan kualiti hidup, hentikan stigma   

Johor terima lebih RM600 juta perkukuh infrastruktur hadapi risiko banjir

Johor terima lebih RM600 juta perkukuh infrastruktur hadapi risiko banjir

UMNO Perlis mahu kemelut politik negeri dihentikan

UMNO Perlis mahu kemelut politik negeri dihentikan

Dokumentari Banjaran Nakawan tingkat kesedaran warisan Perlis

Dokumentari Banjaran Nakawan tingkat kesedaran warisan Perlis

18 ekor lembu korban disumbangkan ke Kampung, agensi

18 ekor lembu korban disumbangkan ke Kampung, agensi

Kerajaan Sabah galak wujud pusat autisme luar bandar, pedalaman

Kerajaan Sabah galak wujud pusat autisme luar bandar, pedalaman