Ibu bapa tempatan diseru selesaikan masalah dokumen kelahiran anak – Sitti Saleha

KOTA KINABALU – Pengarah Imigresen Sabah, Datuk Sh Sitti Saleha Habib Yussof menyeru ibu bapa warga tempatan untuk menyelesaikan masalah pendaftaran dokumen kelahiran anak secara rasmi agar mengelakkan risiko ditahan pihak berkuasa sebagai kanak-kanak tanpa warganegara.

Sitti Saleha berkata, kes sedemikian kerap timbul semasa operasi serbuan yang dijalankan oleh pihak Jabatan Imigresen (JIM).

Beliau memetik kes yang berlaku di daerah Sipitang apabila sepasang adik-beradik remaja yang tidak memiliki sebarang dokumen sah tetapi mendakwa bahawa ibu mereka merupakan seorang etnik Murut dari Tenom yang meninggalkan mereka dengan bapa mereka, seorang warga Filipina.

”Hasil siasatan mendapati bahawa ibu bapa mereka telah lama berpisah dan ibu mereka kini tidak dapat dikesan.

”Bagaimana pun, selepas pemeriksaan dan penyiasatan fizikal, mereka menemui kakak kepada adik-beradik itu, pemegang MyKad yang berusia 21 tahun yang tinggal di Tenom bersama nenek sebelah ibu mereka,” kata beliau semasa sidang media di sini pada Isnin.

Tambah beliau, mereka turut mempunyai fizikal ciri-ciri Murut tempatan dan kakak mereka mengesahkan hubungan keluarga dengan mereka.

Jelasnya, pasangan adik-beradik itu berhak memiliki dokumen kerana ibu mereka merupakan warganegara Malaysia dan boleh diberi kewarganegaraan walaupun bapa mereka warga asing.

”Bagaimanapun, pihak JIMS mencadangkan agar proses ujian DNA dilakukan antara pasangan adik-beradik remaja ini dengan kakak mereka yang bertujuan untuk membuktikan hubungan pertalian keluarga dan seterusnya mengesahkan mereka sebagai warganegara Malaysia.

”Adik-beradik itu hidup sebagai kanak-kanak tanpa kerakyatan tidak ke sekolah dan bekerja sambilan untuk mencari rezeki

”Adalah sangat tidak adil bagi mereka untuk melalui proses ini,” katanya lagi.

Ujar Sitti Saleha masalah demikian yang sering dihadapi oleh JIM di lapangan, walau bagaimanapun mereka tidak kejam malah akan menyiasat dakwaan mereka.

Namun, katanya, tanpa bukti sokongan, mereka mungkin dikenakan tindakan mengikut undang-undang Imigresen iaitu pendatang asing tanpa izin (PATI).

Dalam pada itu, katanya, seramai 64 PATI ditahan menerusi Operasi Penguatkuasaan pada Isnin, di daerah Beaufort dan Sipitang menjadikan jumlah tangkapan seramai 4,811 orang setakat 21 Oktober ini.

”63 daripadanya adalah warganegara Filipina dan seorang warganegara Indonesia.

“Kesemua ditahan berumur diantara sebulan hingga 79 tahun terdiri daripada 18 orang lelaki dewasa, 17 perempuan dewasa dan 29 kanak-kanak.

“Operasi penguatkuasaan dijalankan di tapak pembinaan Taman Wawasan Beaufort dan tiga lokasi di Sipitang iaitu Valley Hunters Estate (Sawit), Kampung Pasir Putih (Rumah Kampung) dan Kampung Tanjung Pagar (Rumah Kampung),” katanya.

Jelas beliau, antara kesalahan yang dikenal pasti ialah tiada dokumen pengenalan diri.

Related Posts

Atlet muay thai Sabah, Emmabell Cassandra terima pengiktirafan atas kejayaan antarabangsa

KOTA KINABALU – ‎Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor menyampaikan insentif kerajaan negeri berjumlah RM5,000 kepada atlet muay thai Sabah, Emmabell Cassandra, sebagai pengiktirafan atas kejayaan cemerlangnya di pentas…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Peruntukan disalur selesai isu penyaman udara Klinik Kesihatan Bandaraya Miri

MIRI – Isu kerosakan berulang sistem penyaman udara di Klinik Kesihatan Bandaraya Miri di sini mendapat perhatian serius selepas beberapa siri tinjauan dilakukan bagi menilai sendiri keadaan di lapangan. Timbalan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Atlet muay thai Sabah, Emmabell Cassandra terima pengiktirafan atas kejayaan antarabangsa

Atlet muay thai Sabah, Emmabell Cassandra terima pengiktirafan atas kejayaan antarabangsa

10 aktivis Malaysia dalam misi GSF 2.0 ditahan tentera Zionis di perairan Greece

10 aktivis Malaysia dalam misi GSF 2.0 ditahan tentera Zionis di perairan Greece

Peruntukan disalur selesai isu penyaman udara Klinik Kesihatan Bandaraya Miri

Peruntukan disalur selesai isu penyaman udara Klinik Kesihatan Bandaraya Miri

Pelarasan perbelanjaan mengurus hanya libatkan perbelanjaan tidak kritikal – MoF

Pelarasan perbelanjaan mengurus hanya libatkan perbelanjaan tidak kritikal – MoF

Sumbangan Sejambak Kasih Gawai Miri ceriakan golongan memerlukan

Sumbangan Sejambak Kasih Gawai Miri ceriakan golongan memerlukan

MoT mula kongsi kereta, guna penerbangan kelas ekonomi untuk berjimat

MoT mula kongsi kereta, guna penerbangan kelas ekonomi untuk berjimat