Program Santuni Madani erat kerjasama kerajaan, rakyat

TAWAU – Warga Sungai Imam Tawau menyambut baik program Santuni Madani yang disifatkan dapat mempereratkan lagi kerjasama dalam kalangan pemimpin kerajaan dan rakyat.

Nasha Saharun, 33, Jawatankuasa Komuniti Madani Kampung Sungai Imam berkata, program anjuran Jabatan Komunikasi Komuniti (JKOM) ini memberi peluang pada warga kampung untuk berkumpul bersama pemimpin dari pelbagai agensi agar mereka cakna terhadap sebarang keperluan atau isu di suatu kampung. 

“Bagi saya baguslah penganjuran JKOM ini sebab salah satu beri info pada penduduk kampung misalnya ada ceramah seperti tadi tentang penipuan (scammer) dan ini penting untuk komuniti. 

“Selain itu, melalui program ini juga sesuatu masalah itu dapat kami utarakan dan berharap agar diselesaikan oleh pemimpin,” katanya ketika ditemui dalam program Santuni Madani Kampung Sungai Imam Tawau ‘Satu Pemimpin Satu Kampung’ di sini, pada Ahad. 

Sementara Ketua Komuniti Kampung Sungai Imam, Zainab Oting senada program santuni Madani juga mengeratkan silaturrahim dalam kalangan pemimpin dan orang kampung.

“Saya berbangga dan berbesar hati kepada JKOM kerana sejak semalam (Sabtu) bersama kami dalam menganjurkan pelbagai program yang memberi manfaat secara keseluruhannya,” katanya. 

Bagi Mohd Nazri Ginda, 29, program ini secara tidak langsung memperkukuh kerjasama dalam kalangan penduduk kampung. 

“Program ini memang baik dan harap ada lagi program begini setiap tahun kerana melalui program ini kita dapat lihat orang kampung bersatu hati tanpa mengira kaum ataupun umur,” katanya. 

Program Santuni Madani Kampung Sungai Imam Tawau yang berlangsung selama dua hari bermula Sabtu dirasmikan Pemangku Ketua Pengarah JKOM, Suwadi Guliling. 

Antara pengisian program adalah sambutan Maulidurrasul peringkat Kampung, senam sihat sempena Hari Sukan Negara, ceramah berkaitan penipuan (scammer) dari Polis DiRaja Malaysia, kenduri kampung, pameran agensi, pemeriksaan kesihatan serta pertandingan Badminton dan Futsal. 

Sementara itu, Suwadi dalam ucapannya berkata, Santuni Madani merupakan program di bawah seliaan Unit Penyelarasan Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM) bagi meningkatkan potensi kampung dan keupayaan masyarakat melalui pemantauan secara langsung serta lihat urus pemimpin tempatan. 

“Justeru JKOM Komited merangka strategi ke arah mewujudkan program yang bertujuan memupuk semangat komuniti dalam kalangan penduduk setempat sekali gus merapatkan silaturrahim JKOM dan penduduk setempat,” ujarnya.

Turut hadir, Pengarah JKOM Zon Sabah, Milus Alu@Abd Wahad, Pegawai Daerah Kalabakan, Murad Abd Rashid dan Pemimpin Pembangunan Masyarakat Merotai, Mohd Jailani Chacho.

Related Posts

Malaysia perkukuh kerjasama tenaga, hadapi ketidaktentuan global – PM

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menegaskan kerajaan akan terus bertindak proaktif dalam mendepani krisis global yang semakin mencabar dan kompleks. Menerusi hantaran di akaun rasmi beliau…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tekanan kos meningkat susulan krisis bekalan global

KUALA LUMPUR – Negara kini memasuki fasa penyesuaian kos yang semakin jelas apabila kesan krisis bekalan global mula mempengaruhi kos pengangkutan, logistik, harga barangan dan perbelanjaan harian rakyat. Menteri Ekonomi,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Malaysia perkukuh kerjasama tenaga, hadapi ketidaktentuan global – PM

Malaysia perkukuh kerjasama tenaga, hadapi ketidaktentuan global – PM

Tekanan kos meningkat susulan krisis bekalan global

Tekanan kos meningkat susulan krisis bekalan global

Pasangan buat aksi lucah di jirat Cina dibebas awal

Pasangan buat aksi lucah di jirat Cina dibebas awal

Konsesi MARRIS ditandatangani sewaktu pentadbiran MB terdahulu – Abu Bakar

Konsesi MARRIS ditandatangani sewaktu pentadbiran MB terdahulu – Abu Bakar

Kontraktor G1 desak projek MARRIS dikembali kepada kerajaan negeri, bukan konsesi

Kontraktor G1 desak projek MARRIS dikembali kepada kerajaan negeri, bukan konsesi

KPDN Perak rampas lebih lapan tan barang kawalan bernilai hampir RM22,000

KPDN Perak rampas lebih lapan tan barang kawalan bernilai hampir RM22,000