Kerajaan sedia lebih RM8 bilion untuk selenggara jalan

LEBIH RM8 bilion diperuntukkan bagi menyelenggara jalan untuk mengurangkan kes kemalangan akibat keadaan laluan tidak selamat, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perdana Menteri berkata, sebanyak RM2.8 billion disediakan untuk Jalan Persekutuan manakala RM5.5 bilion untuk jalan negeri.

“Bagi Jalan Persekutuan, sebanyak RM1 bilion dikhaskan untuk segera membaiki jalan bukan utama seperti jalan sekunder, jalan Felda, jalan industri serta jalan yang rosak akibat banjir.

“Sejumlah RM450 juta juga dikhaskan untuk kontraktor G1-G4, meningkat berbanding RM300 juta tahun ini.

“Untuk jalan negeri, sebanyak 5.5 bilion menerusi Sistem Maklumat Rekod-rekod Jalan Raya Malaysia (MARRIS) disediakan,” katanya.

Beliau berkata, turut dilaksanakan adalah kerja pembersihan jalan meliputi longkang, saliran air, bahu jalan dan persekitaran sehingga selamat digunakan.

“Kerajaan sudah meluluskan perolehan sebuah jambatan Bailey kepada semua kerajaan negeri menggunakan peruntukan MARRIS 2025 sebagai persediaan awal kerajaan negeri bagi menangani masalah jalan terputus akibat bencana banjir.

“Sebanyak RM178 juta bagi memasang lampu jalan baharu dan lampu isyarat pintar di Jalan Persekutuan seluruh negara, RM30 juta disediakan untuk terus memanfaat peranan Jurutera Daerah sebagai barisan hadapan dalam menyegerakan penurapan Jalan Persekutuan yang berlubang.

“Malah kerajaan turut bersetuju memasang ‘High Speed Weight in Motion’ di lokasi terpilih bagi mengekang nahas jalan raya disebabkan kenderaan lebih muatan,” katanya.

Related Posts

‘Insya-Allah, akan ada tiket MADANI untuk perlumbaan Formula Satu’ – PMX

PORT DICKSON – Harga tiket MADANI dan mesra dengan poket rakyat bagi perlumbaan Formula Satu akan dipertimbangkan dalam memastikan lebih ramai memiliki kemampuan menikmati aktiviti sukan tersebut. Perdana Menteri, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Hasrat penduduk kampung miliki Masjid sendiri sejak 40 tahun jadi kenyataan

Hasrat penduduk kampung miliki Masjid sendiri sejak 40 tahun jadi kenyataan

JPBD Tawau isytihar tamat bencana banjir, PPS ditutup

JPBD Tawau isytihar tamat bencana banjir, PPS ditutup

Memorial Muzium KD Hang Tuah, bakal ikon pelancongan maritim Perak

Memorial Muzium KD Hang Tuah, bakal ikon pelancongan maritim Perak

Pekerja kilang papan gempar jumpa bom tangan, nota ugutan

Pekerja kilang papan gempar jumpa bom tangan, nota ugutan

RS-2 terus agenda sifar miskin tegar Selangor

RS-2 terus agenda sifar miskin tegar Selangor

MAHA Pahang 2026 pecah rekod, dihadiri lebih 200,000 pengunjung

MAHA Pahang 2026 pecah rekod, dihadiri lebih 200,000 pengunjung