Tukar al-Quran baharu secara percuma di Program Madani Rakyat Sayangi Sabah

KOTA KINABALU – Umat Islam di Sabah yang berminat untuk menyemak dan menukar al-Quran lama boleh mengunjungi reruai Kementerian Dalam Negeri (KDN) dalam Program Madani Rakyat (PMR) Sayangi Sabah di perkarangan Kompleks Sukan Likas di sini yang berlangsung selama tiga hari.

Menurut pegawai dari Bahagian Penguatkuasaan dan Kawalan Negeri Sabah, Suhaila Wati untuk kali ini sasaran sebanyak kira-kira 400 naskhah al-Quran yang baharu disediakan untuk orang ramai secara percuma.

“Mereka boleh menukarkan naskhah al-Quran yang tidak diperakukan dengan yang baharu yang telah disemak dan ditentusahkan oleh KDN.

“Naskhah al-Quran yang tepat akan ada pelekat hologram dan diperakukan oleh KDN,” jelasnya ketika ditemui di reruai KDN di sini pada Jumaat.

Katanya lagi, setiap pengunjung hanya dapat menerima sebuah sahaja naskhah yang baharu walaupun menukar lebih dari senaskhah al-Quran.

Jelas Suhaila, ini kerana ruang yang terhad bagi penyimpanan al-Quran yang lama untuk tujuan pelupusan.

Kongsinya, pada penganjuran PMR di Sarawak pada September lepas, kira-kira sebanyak 500 naskhah al-Quran yang baharu diedarkan dalam aktiviti penukaran al-Quran yang lama.

PMR Sayangi Sabah diadakan bermula 18 sehingga 20 Oktober dengan acara kemuncaknya dengan kehadiran Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam majlis perasmian yang dijadualkan pada pukul 2.30 petang esok.

Related Posts

‘Insya-Allah, akan ada tiket MADANI untuk perlumbaan Formula Satu’ – PMX

PORT DICKSON – Harga tiket MADANI dan mesra dengan poket rakyat bagi perlumbaan Formula Satu akan dipertimbangkan dalam memastikan lebih ramai memiliki kemampuan menikmati aktiviti sukan tersebut. Perdana Menteri, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Hasrat penduduk kampung miliki Masjid sendiri sejak 40 tahun jadi kenyataan

Hasrat penduduk kampung miliki Masjid sendiri sejak 40 tahun jadi kenyataan

JPBD Tawau isytihar tamat bencana banjir, PPS ditutup

JPBD Tawau isytihar tamat bencana banjir, PPS ditutup

Memorial Muzium KD Hang Tuah, bakal ikon pelancongan maritim Perak

Memorial Muzium KD Hang Tuah, bakal ikon pelancongan maritim Perak

Pekerja kilang papan gempar jumpa bom tangan, nota ugutan

Pekerja kilang papan gempar jumpa bom tangan, nota ugutan

RS-2 terus agenda sifar miskin tegar Selangor

RS-2 terus agenda sifar miskin tegar Selangor

MAHA Pahang 2026 pecah rekod, dihadiri lebih 200,000 pengunjung

MAHA Pahang 2026 pecah rekod, dihadiri lebih 200,000 pengunjung