Belanjawan 2025: Keutamaan berterusan kepada Sabah disambut baik

KOTA KINABALU – Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor mengalu-alukan Belanjawan Madani 2025 yang mencerminkan langkah progresif Kerajaan Perpaduan untuk menyediakan kehidupan yang sejahtera kepada rakyat tanpa menjejaskan kesejahteraan ekonomi negara.

Ketua Menteri berkata, peruntukan RM6.7 bilion untuk Sabah tahun depan adalah peningkatan sebanyak 0.45 peratus berbanding RM6.67 bilion pada tahun ini.

“Ini sudah memadai untuk meneruskan projek pembangunan pada tahun akhir Rancangan Malaysia Ke-12 pada tahun depan,” katanya dalam satu kenyataan media selepas mendengar siaran langsung Belanjawan Negara dari Dewan Rakyat yang dibentangkan Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan Datuk Seri Anwar Ibrahim, di Menara Kinabalu pada Jumaat.

Hajiji berkata, Kerajaan Negeri juga menghargai Perdana Menteri yang meletakkan kepentingan hak Sabah yang tidak boleh dipertikaikan seperti yang termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Menurutnya, Kerajaan Sabah turut menyambut baik keputusan Kerajaan Persekutuan menaikkan bayaran khas interim Sabah daripada RM300 juta kepada RM600 juta tahun depan, yang turut dimasukkan dalam Belanjawan.

“Sabah mengalu-alukan tumpuan berterusan Kerajaan Persekutuan untuk merapatkan jurang pembangunan wilayah melalui penyediaan kemudahan asas seperti jalan raya, air dan bekalan elektrik,” katanya.

Dalam pada itu, beliau turut mengalu-alukan pengumuman bahawa surat setuju terima (SST) bagi 17 pakej di bawah Fasa 1B Pan Borneo Sabah, termasuk jajaran Kota Belud-Kudat; Tawau ke Kampung Lot M dan Telupid ke Ranau bernilai RM9.7 bilion telah pun dikeluarkan.

Hajiji turut mengalu-alukan pengumuman bahawa Kerajaan Persekutuan telah memuktamadkan pakej kerja Sabah Sarawak Link Road (SSLR) Fasa 2 bernilai RM7.4 bilion dengan dua pakej telah dianugerahkan dan bakinya sebelum akhir tahun ini.

“Kami juga mengalu-alukan persetujuan Kerajaan Persekutuan untuk melaksanakan projek naik taraf Lapangan Terbang Tawau,” katanya sambil menambah semua itu tidak termasuk peruntukan untuk membaiki sekolah daif di negeri ini.

Tambahnya, Belanjawan 2025 jelas menunjukkan ekonomi Malaysia berada dalam aliran semakin meningkat dan kukuh.

Related Posts

‘Insya-Allah, akan ada tiket MADANI untuk perlumbaan Formula Satu’ – PMX

PORT DICKSON – Harga tiket MADANI dan mesra dengan poket rakyat bagi perlumbaan Formula Satu akan dipertimbangkan dalam memastikan lebih ramai memiliki kemampuan menikmati aktiviti sukan tersebut. Perdana Menteri, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Hasrat penduduk kampung miliki Masjid sendiri sejak 40 tahun jadi kenyataan

Hasrat penduduk kampung miliki Masjid sendiri sejak 40 tahun jadi kenyataan

JPBD Tawau isytihar tamat bencana banjir, PPS ditutup

JPBD Tawau isytihar tamat bencana banjir, PPS ditutup

Memorial Muzium KD Hang Tuah, bakal ikon pelancongan maritim Perak

Memorial Muzium KD Hang Tuah, bakal ikon pelancongan maritim Perak

Pekerja kilang papan gempar jumpa bom tangan, nota ugutan

Pekerja kilang papan gempar jumpa bom tangan, nota ugutan

RS-2 terus agenda sifar miskin tegar Selangor

RS-2 terus agenda sifar miskin tegar Selangor

MAHA Pahang 2026 pecah rekod, dihadiri lebih 200,000 pengunjung

MAHA Pahang 2026 pecah rekod, dihadiri lebih 200,000 pengunjung