ADUN Kunak sumbang 24 kanopi bernilai lebih RM80,000 untuk manfaat sekolah

KUNAK – Sebanyak 24 buah kanopi membabitkan kos RM88,307 telah disumbangkan kepada sekolah sekitar daerah ini sejak 2023 hingga Oktober 2024 menggunakan peruntukan khas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kunak.

ADUN Kunak, Datuk Norazlinah Arif berkata, sumbangan kanopi tersebut diharap dapat menambah baik sebarang aktiviti berkaitan sekolah.

“Antara sekolah yang menerima kanopi pada tahun lalu adalah Sekolah Kebangsaan (SK) Pangi (2 buah), SK Skim Kokos (2), SK Lormalong (2) dan SK Mostyn (3). 

“Alhamdulillah tahun ini sumbangan diagih kepada SK Tun Fuad (5), SK Tanjung Keramat (4) serta masing-masing dua buah kepada SK Kunak 1 dan Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Pai Sheng,” katanya ketika dihubungi pada Khamis. 

Menurut Norazlinah, dua buah kanopi turut disumbangkan kepada Pejabat Pendidikan Daerah Kunak. 

“Saya berjanji, tidak akan berhenti berusaha memastikan semua keperluan Keluarga Kunak dapat saya penuhi sedaya upaya dan sehabis baik saya,” jelasnya. 

Sementara itu, beberapa sekolah yang menerima kanopi tersebut menerusi ruangan Facebook rasminya menzahirkan terima kasih kepada ADUN Kunak terbabit atas keprihatinan serta sumbangan yang banyak memberi manfaat pada aktiviti sukan dan padang sekolah. 

“Kanopi ini benar-benar memberi keselesaan kepada para pelajar dan memastikan kelancaran setiap acara. 

“Sumbangan yang amat bermakna ini akan terus dikenang dan dihargai! Terima kasih,” kata kenyataan SJK (C) Pai Sheng.

Related Posts

Lapan lori, kereta atas tongkang di Kuala Kedah terbakar

ALOR SETAR – Tujuh lori dan sebuah kereta terbakar dalam kejadian di atas sebuah tongkang di Jeti Kargo Kuala Kedah, dekat sini, malam semalam. Kebakaran itu melibatkan lori jenis Isuzu,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Wanita perlu diperkasa sebagai pemacu pembangunan negeri – Julita

SANDAKAN – Pemerkasaan wanita perlu dilihat secara menyeluruh dengan memberi perhatian terhadap aspek pendidikan, kesihatan, keselamatan, perlindungan serta peluang ekonomi bagi memastikan golongan itu terus menjadi pemacu pembangunan negeri. Menteri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Malaysia perluas pasaran Afrika menerusi kerjasama Ethiopia

Malaysia perluas pasaran Afrika menerusi kerjasama Ethiopia

Anwar seru diplomasi, elak ketegangan berterusan di Asia Barat

Anwar seru diplomasi, elak ketegangan berterusan di Asia Barat

Jangan sekadar berkokok, kalau berani tarik sokongan

Jangan sekadar berkokok, kalau berani tarik sokongan

Tak dijemput PAU, itu hak dia – Adam Adli

Tak dijemput PAU, itu hak dia – Adam Adli

Lapan lori, kereta atas tongkang di Kuala Kedah terbakar

Lapan lori, kereta atas tongkang di Kuala Kedah terbakar

Kes 30 warga Malaysia ditahan di Pontianak, PDRM bantu siasatan

Kes 30 warga Malaysia ditahan di Pontianak, PDRM bantu siasatan